Restoran Di Publika Ini Menyediakan Gabungan Salted Egg Butter Chicken Dengan Sambal. Wow!
Mona di Publika kini menyediakan salted egg butter chicken yang sedap. Tak perlu beratur panjang!
Di SS15, Subang Jaya, terdapat sebuah kafe tersohor iaitu Jibril yang terkenal sekali dengan salted egg butter chicken
Kini, anda tak perlu nak beratur panjang pun untuk menikmati salted egg butter chicken seperti di Jibril. Di Mona, Publika pun dah ada! :D
Lihat gambar-gambar menarik di bawah:
Salted egg butter chicken ini sememangnya menu highlight di Mona. Rasanya yang creamy ditambah pula dengan rasa telur masin pasti akan menaikkan selera anda.
Bukan itu sahaja, ayam yang digoreng rangup disamping mempunyai breading yang ringan. Anda juga dihidangkan dengan kuah buttermilk tambahan. Memang puas beb!
Bukan itu sahaja, anda juga wajib sekali mencuba Nasi Lemak Salted Egg Butter Chicken yang mempunyai gabungan sambal dan kuah salted egg butter
Rasa pedas dan manis ayam salted egg butter sambal ini memang sangat lain daripada lain. Sesuai untuk anda yang menggemari ayam goreng salted egg butter tetapi mengidamkan sesuatu yang baru.
Jika anda mahu mencuba menu lain, MONA juga menghidangkan hidangan barat seperti grilled buttermilk chicken, margherita pizza, dan juga beraneka jenis hidangan pasta. Sesuai jika anda ingin menukar selera!
Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!