makan

Nikmati Nasi Arab Lamb Shank Viral Di Bazar Ramadan USJ 4 Ini Untuk RM30 Je. Memang Power!

Nasi Arab Lamb Shank oleh Chef Ammar hanya di USJ 4. Sangat berbaloi!

Cover image via @RaufHusin (Twitter) | @AmirulAzzim_ (Twitter)

Hidangan timur tengah sememangnya kegemaran orang ramai. Rasanya yang penuh rempah ratus mampu menaikkan selera sesiapa sahaja. Memang meliurkan!

Antara hidangan timur tengah yang paling menyelerakan ialah nasi arab. Malaysia dan hidangan nasi memang berpisah tiada. Oleh itu, memang tidak mustahil gerai milik Chef Ammar di Bazar Ramadan USJ 4 mendapat sambutan yang hangat.

Gerai Chef Selebriti Ammar di Bazar Ramadan USJ 4 memang terkenal dengan Nasi Mandi Lamb Shank (RM30) dan Saffron Egg (RM2). Tengok sahaja pun boleh tahu sedap!

Lihat gambar-gambar menyelerakan di bawah: 

Setiap lamb shank dihidangkan pada 400g bersama nasi mandi yang dihiasi dengan saffron yang aromatik dan harum. Untuk RM30, lauk lamb shank ini memang sangat berbaloi kerana kualitinya yang setaraf hotel 5 bintang. Lamb shank ini dimasak lebih 3 jam sehingga daging menjadi tender dan juicy.

Bukan itu sahaja, daging kambing ini juga tidak mempunyai rasa hamis kerana kaya dengan rempah ratus seperti jintan, ketumbar, saffron dan juga smoke flavour liquid untuk menambah rasa smoky. Memang nikmat!

Bukan itu sahaja, Chef Ammar juga menghidangkan Nasi Mandi Ayam untuk RM15 sahaja. Wajib cuba!

Jika anda minat Nasi Mandi Ayam, hidangan ini memang khas untuk anda. Ayam yang diperap dan dipanggang sehingga daging ayam menjadi lembut dan tulang boleh dicabut begitu sahaja. Bukan itu sahaja, rasa rempah ratus seperti ketumbar, jintan manis, dan lain-lain memang sangat menyerlah dalam setiap gigitan. 

Jika anda tidak sempat menikmati masakan Chef Ammar di bazar Ramadan USJ 4, anda juga boleh mendapatkan Nasi Mandi Lamb Shank di Chef Ammar Souk Xpress Cafe!

Anda juga boleh menikmati masakan Chef Ammar di luar bulan Ramadan di restoran beliau yang terletak di USJ 4. Terdapat pelbagai hidangan di Chef Ammar Souk Xpress Cafe seperti shawarma, kebab dan macam-macam lagi. 


Anda dah terliur? Dapatkan info gerai dan restoran Chef Ammar di sini:

Bazar Ramadan USJ 4

Alamat
: Bazar Ramadan USJ 4, Jalan USJ 4/5, USJ 4, 47600 Subang Jaya, Selangor.

Waktu Operasi: 4.00 petang - 7.30 malam (Sepanjang bulan Ramadan)

Chef Ammar Xpress Souk Cafe 

Alamat: 16, Jalan USJ 4/1, USJ 4, 47600 Subang Jaya, Selangor.

Waktu Operasi: 11.00 pagi - 11.00 malam (Setiap hari)

No. Telefon: +0610-798 5687

Dapatkan maklumat lanjut di sini: Instagram | Facebook 

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Jom check out banyak lagi hidangan unik di sini:

You may be interested in: