makan

Jom Hasilkan Agar-Agar Oreo 3 Benua Yang Mudah Dan Lazat. Masanya Untuk Dessert!

Sedapnya makan sejuk-sejuk. :)

Cover image via Suhaizah Sugi (Facebook)

Lepas makan mesti kena ada dessert kan? Barulah lengkap...

Image via GIPHY

Rasa perfect lepas makan pastu ada pencuci mulut. Emm, nyummeh! Mana taknya, agar-agar yang lembut manis. Sooo good! Tunggu apa lagi? Jom sediakan dessert ni, follow resepi yang dikongsikan oleh Suhaizah Sagi di laman Facebooknya. 

Bahan yang diperlukan:

  • 1 liter susu segar penuh lemak
  • 1 liter susu coklat
  • Biskut Oreo
  • Chocolate coin
  • Air
  • Garam
  • Serbuk agar-agar
  • Gula

Cara penyediaan:

1. Untuk lapisan pertama, larutkan campuran susu segar, air, serbuk agar-agar, gula dan garam secukup rasa. Kemudian didihkan.

2. Dalam bekas yang lain, patah-patahkan biskut oreo dan susun.

3. Letakkan campuran susu tadi ke dalam bekas.
4. Untuk lapisan kedua, larutkan campuran susu coklat, air, serbuk agar-agar, gula dan garam secukup rasa. 

5. Kemudian, asingkan sedikit susu menggunakan cawan dan ketepikan. Tuangkan susu selebihnya ke atas lapisan susu segar tadi. 

6. Untuk lapisan terakhir, dengan menggunakan susu coklat yang telah diasingkan tadi, cairkan chocolate coin sehingga larut. 
7. Tuang ke atas puding. Kemudian, sejukkan dalam peti sejuk semalaman.

Siap dah, agar-agar 3 benua. Inilah rupanya, ada lapisan coklat dan lapisan susu berintikan Oreo...

Image via fbcdn.net

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Inginkan resepi desserts yang lain?

Jom make over dapur:

Dapatkan tips-tips dapur yang berguna: