makan

Jom Hasilkan Baked Potato Cheese Favourite Anak-Anak. Perut Kenyang Hati Pun Senang!

Makan kentang pun boleh kenyang tau...

Cover image via Fainda Farahin Fainda Farahin (Facebook)

Kalau you guys seorang potato lover, you guys kena cuba hidangan ni...

Image via jocooks

Bukan jadi favourite anak-anak, orang dewasa pun suka! Makan panas-panas baru rasa nikmatnya. Selalu makan mashed potato je kan? Jom tukar selera pula hari ni, kita follow resepi oleh Fainda Farahin Fainda Farahin di laman Facebooknya. 

Bahan-bahan:

  • 4 biji kentang
  • Bawang (dipotong dadu)
  • Isi ayam (dicincang)
  • Garam 
  • Sos
  • Lada putih
  • Keju keping 

Cara penyediaan:

1. Basuh kentang. Potong menjadi dua. Rebuskan sehingga empuk. 
2. Angkat dan keluarkan isi kentang ke dalam bekas. 
3. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau. 
4. Kemudian, masukkan isi ayam. Perasakan dengan garam dan lada hitam secukup rasa. 
5. Seterusnya, campurkan isi ayam ke dalam kentang yang telah dilenyek. 
6. Sumbat isi kentang ke dalam kulit kentang. Kemudian, susun atas loyang. 
7. Letakkan sekeping keju keping. Kemudian, bakar pada suhu 200°C selama 10 minit. 

Yay, dah siap! Sedia untuk makan bersama yang tersayang...

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Jom tengok resepi yang lain:

Jom make over dapur:

Dapatkan gajet-gajet dapur untuk senangkan kerja memasak: