makan

9 Restoran Anda Wajib Kunjungi Di Sekitar Wangsa Maju

Tempat #5 memang wajib kunjungi jika anda suka kek dan desserts!

Cover image via Tim's Teapot Terrace (Instagram) | @kulan555 (Instagram)

1. Go'bang Maju Patin Tempoyak @ Sri Rampai

Jika anda mengidam Ikan Patin Masak Tempoyak, semestinya anda wajib kunjungi restoran ini! Berasal dari tempat kelahiran hidangan ini, iaitu Temerloh, mereka memang pakar dalam membuat lauk Ikan Patin Masak Tempoyak. Nikmati hidangan tradisi Pahang ini dengan sepinggan nasi putih panas, telur dadar dan ulam-ulaman segar. Memang cukup padu!

Selain itu, restoran ini juga menghidangkan pelbagai lagi lauk-pauk tradisi Melayu dan hidangan ikan bakar yang dibuat fresh setiap hari.

Alamat: Go'bang Maju Patin Tempoyak Sri Rampai, 19, Jln Seri Rejang 1, Taman Sri Rampai, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi:
11 pagi - 7 petang (Isnin - Rabu)
11 pagi - 10 malam (Jumaat - Ahad)
Tutup setiap Khamis.

No. Telefon:+6017-3796555

Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook

2. RSMY Best Cheese Naan @ Setapak

Bagi peminat roti naan cheese pula, restoran RSMY memang khas untuk anda. Naan cheese mereka dibuat dengan keju mozzarella asli yang banyak sekali dan akan memberi anda #cheesepullporn yang cukup hebat.

Anda haruslah nikmati naan mereka bersama ayam tandoori mereka yang cukup juicy dan flavourful dengan penggunaan rempah-ratus tempatan.

Alamat:
 RSMY Best Cheese Naan, 76, 70, Jalan Danau Niaga 1, Crystal Ville, 53100, Kuala Lumpur

Waktu Operasi:
11 pagi - 12 pagi (Ahad - Khamis)
11 pagi - 1 pagi (Jumaat - Sabtu)

No. Telefon: +03-2697 0700

Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook

3. Wangsa Grill By Chef Zubir @ Wangsa Melawati

Untuk makanan western yang unik dan lazat, bolehlah anda kunjungi ke restoran ini. Mereka pakar membuat hidangan-hidangan western dan fusion yang sedap dan berbaloi! Antara hidangan menarik yang boleh didapati di sini adalah Lamb Ragout Pasta, Sizzling Chicken Burger, Sirloin Steak, Moroccan Baby Chicken dan macam-macam lagi!

Selain itu, anda juga boleh dapatkan pelbagai hidangan seafood di sini seperti US Boston Lobster, Japanese Tuna Steak Tempura, Surf & Turf platter dan lain-lain. Harga hidangan di kedai ini sedikit mahal, tapi memang berbaloi untuk belanjakan diri dengan makanan yang sedikit fancy sekali-sekala!

Alamat: Wangsa Grill By Chef Zubir, 8-10, Jalan Dataran Wangsa, Wangsa Melawati, 53300, Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 12 tengah hari - 11 malam (setiap hari)

No. Telefon: +6012-699 5417

Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook | Instagram

4. Mali's Corner @ Danau Kota

Jika anda berada di sekitar Wangsa Maju pada lewat malam, anda memang wajib kunjungi ke Mali's Corner! Tempat ini sangat popular untuk menikmati kuey teow goreng dan juga nasi lemak ayam goreng! 

Tapi, anda perlu bersabar sikit apabila ke sini kerana selalunya kena beratur panjang. Jangan risau, servis mereka memang laju dan rasa kedua-dua hidangan ini memang berbaloi untuk tunggu! 

Alamat: Mali's Corner, 9, Jalan Langkawi, Taman Teratai Mewah, 53000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 1.30 petang - 2.00 pagi (tutup setiap Isnin)

No. Telefon: +03-4144 4471

Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook 

5. Tim's Teapot Terrace @ Taman Melawati

Jika anda gemar desserts pula, anda haruslah berkunjung ke kafe ini! Mereka menghidangkan pelbagai jenis kek, pai dan manisan-manisan lain yang sungguh enak. Kafe ini memang terkenal dengan Kek mereka, dan anda pasti akan teruja dengan pelbagai jenis kek mereka yang selalu bertukar setiap kali anda kunjungi kafe ini!

Selalunya, anda boleh mendapati lebih daripada 10 jenis kek di kafe ini setiap hari!  Selain itu, kafe ini juga menghidangkan makanan-makanan western seperti pasta, burgers, lasagna dan lain-lain.

Alamat: Tim's Teapot Terrace, 9128, Lorong Perak, Taman Melawati, 53100, Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 11 pagi - 10 malam 

No. Telefon: +03-4106 2043

Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook | Instagram

6. Restoran Rasa Omak Den @ Taman Melawati

Restoran ini tempat yang paling best untuk menikmati masakan Melayu asli. Tempat yang sangat popular untuk penduduk tempatan untuk makan tengah hari, anda boleh mendapat banyak masakan melayu yang lazat di sini seperti daging salai masak lemak, sambal tempoyak daun kayu, daging kicap, udang sambal, siput sedut lemak dan macam-macam lagi. Semuanya memang cukup lemak, cukup rasa dan cukup pedas. Best sangat nak makan nasi campur Melayu kat sini!

Jika anda datang untuk sarapan, mereka juga menyediakan hidangan seperti nasi lemak, mee goreng dan pelbagai jenis kuih-muih. 

Alamat: Restoran Raso Omak Den, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur, 

Waktu Operasi: 9 pagi - 6 petang (tutup setiap jumaat)

7. Wahab's Cendol @ Rampai Business Park

Pada hari yang panas, anda boleh kunjungi ke Restoran Wahab's Cendol ini untuk menyejukkan badan anda. Bermula berniaga di pasar malam, Wahab's Cendol kini sudah beroperasi lebih daripada 30 tahun! Mereka sangat terkenal dengan hidangan cendol mereka yang sangat menyegarkan dan juga hidangan-hidangan lain seperti char kuey teow, rojak, nasi lemak, nasi goreng dan banyak lagi!

Alamat:
 Wahab's Cendol, Jalan Rampai Niaga 5, Rampai Business Park, 53300, Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 9 pagi - 11 malam 

No. Telefon: +03-4143 5578

Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook 

8. Kaw Kaw Burger @ Wangsa Maju

Kaw Kaw Burger memang terkenal dengan hidangan burger mereka yang sangat besar dan mewah! Jika ke sini, cubalah burger 'Permaisuri' mereka yang sangat lazat dan diperbuat daripada paha ayam goreng celup tepung, sos serai pedasspecial mereka, cheese meleleh, dansmoked turkey slices. Burgerini memang cukup mewah, tapi memang anda kena cuba sekurang-kurangya sekali dalam hidup!

Bukan itu saja, mereka menghidangkan pelbagai lagi burger yangbestsepertiTurkeynizer, Cheesynizer, Triple-chicken patty burger,dan banyak lagi. Memang berbaloi untuk kunjung ke sini jika anda peminat tegar burger.

Alamat:Kaw Kaw Burger, Jalan 4a/27a, Wangsa Maju, 53300, Kuala Lumpur

Waktu Operasi:6 petang - 2 pagi

No. Telefon:+6017-325 0244

9. Restoran Vaggey Sri Rampai @ Rampai Business Park

Anda tak perlu lagi berkunjung ke Ipoh untuk menikmati hidangan terkenal ini. Hidangan ini juga dikenali sebagai 'nasi ganja' kerana membuat orang ketagih apabila telah nikmati untuk kali pertama.

Nasi Vanggey adalah hidangan nasi putih panas yang dihidangi dengan telur masin, acar timun, ayam goreng merah Vanggey dan kuah campur banjir. Memang rugi jika tak cuba! Bukan itu saja, terdapat banyak lagi hidangan yang enak di sini seperti vanggey soup, vanggey fried yellow mee mamak, cendol pulut mangga dan banyak lagi.

Alamat:
Restaurant Vaggey, 33, 13, Jalan Rampai Niaga 5, Rampai Business Park, 53300, Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Buka 24 jam sehari

No. Telefon:+6016-298 1698

Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta follow kami di Instagram sekarang!

Teruskan sesi jalan-jalan cari makan anda di sini:

You may be interested in: