makan

Dapatkan Root Beer Float A&W Untuk RM1 Hanya Untuk Sehari Je. Murahnya!

Jom sambut hari lahir Rooty Bear dengan Root Beer Float RM1!

Cover image via A&W Malaysia - Official (Facebook) | @wander.sher_62 (Instagram)

Apabila bercakap tentang A&W, anda pasti akan terasa nostalgik, bukan?

Sempena hari jadi Rooty Bear, anda boleh menikmati Root Beer Float Single Scoop hanya untuk RM1 pada 19 Jun 2019. Promosi ini ditawarkan di setiap cawangan A&W.

A&W merupakan restoran makanan segera yang pertama di Malaysia. Oleh itu, memang tidak mustahil A&W mempunyai peminat-peminat setia di negara ini. Manakan tidak, restoran ini bukan sahaja terkenal dengan Root Beer Float, malah menu mereka juga sangat pelbagai seperti Waffles, Coney Dog dan Curly Fries. Memang sesuai dinikmati bersama segelas Root Beer Float!

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa terma dan syarat yang anda wajib patuhi untuk menikmati promosi ini:

Image via fbcdn.net

Terma dan syarat: 

  • Hanya sah untuk dinikmati di restoran sahaja 
  • Selagi stok masih ada 
  • Harga biasa: RM4.95

Sambil menikmati segelas Root Beer Float, anda juga boleh membawa anak-anak kecil anda untuk menyambut hari lahir Rooty Bear pada jam 8 malam di 36 cawangan A&W yang terpilih ini

Image via herinspirasi

Untuk sehari sahaja, anda boleh menikmati Root Beer Float pada RM1. Jangan lepaskan peluang keemasan ini! :D

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Dapatkan banyak lagi makanan menarik dan murah di sini:

You may be interested in: