FamilyMart Keluarkan Brown Sugar Bubble Milk Untuk RM4.90 Je. Kami Dah Cuba, Memang Enak!

Minuman boba halal dari FamilyMart yang murah dan dijamin sedap!

Minuman boba kini mendapat sambutan yang hangat di Malaysia sehingga ramai peminat-peminatnya yang sanggup beratur lebih dari 2 jam

Hal ini memang tidak mengejutkan kerana rasa minuman boba ini yang sangat nikmat. Rasa susu yang digabungkan dengan rasa gula merah dan boba pearls yang kenyal memang luar biasa! Minuman susu dan boba ini sememangnya sesuai untuk bila-bila masa sahaja. 

Image via giphy.com

Baru-baru ini, FamilyMart juga tidak terlepas dari fenomena boba dengan mengeluarkan Brown Sugar Bubble Milk dengan harga perkenalan iaitu RM4.90 sehingga 25 Jun sahaja!

Lihat gambar-gambar yang menarik di bawah:

Image via fbcdn.net

Image via Seismik Makan

Image via Seismik Makan

Apa yang kami suka tentang Brown Sugar Milk Boba ini ialah rasa boba kenyal yang mempunyai rasa gula merah yang ketara tetapi tidak begitu manis kerana digandingkan bersama susu segar

Harga biasa untuk Brown Sugar Bubble Milk ialah RM6.90 sahaja. Sangat berpatutan! 

Setiap Brown Sugar Bubble Milk juga disediakan fresh untuk setiap pesanan. Tidak perlu beratur sehingga dua jam pun sudah siap!

Image via Seismik Makan

FamilyMart pula sudah diiktiraf Halal dari Jakim. Kini, anda boleh menikmati minuman boba pada harga yang berpatutan tanpa perasaan was-was!

Image via Seismik Makan

Jom serbu cawangan FamilyMart yang terdekat untuk dapatkan Brown Sugar Bubble Milk!

Image via Seismik Makan

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Leave a comment