Nak Beli Baju Raya? Check Out 10 Festival Raya Di Klang Valley Ini Setiap Hujung Minggu
Macam-macam ada, lengkap semua persiapan raya!
Raya dah nak dekat ni, anda semua dah buat persiapan raya ke belum?
Haa, time-time inilah nak kena beli perabot baru, langsir baru, baju baru, kuih dan macam-macam lagi kan? Biasanya mesti pening tak tahu nak pergi mana yang ada jual semua barang ini kan? Jangan risau, kami listkan festival raya yang ada tahun ini untuk rujukan anda!
1. Pesta Raya, Lalaport KL
Pelbagai barisan selebriti, penghibur, bunyi tradisional, aktiviti, cabutan bertuah raya dan banyak lagi yang akan diumumkan. Bukan setakat itu, banyak jenama lokal seperti baju raya, kuih raya yang akan berniaga di sini tau. Event ini indoor yang terletak bersebelahan Lalaport.
Tarikh: 31 Mac hingga 19 April 2023
Waktu: 10am hingga 10pm
Instagram: @lokalwave
2. Pasar Gadis, Pasar Seni
Lebih daripada 50 vendor lokal yang telahpun mendaftar di pasar gadis kenangan raya ini. Antaranya, Saribonda Kaftan, Nita Cosmetics, Puteri KL dan banyak lagi. Tunggu apa lagi? Jom bawa bestie anda!
Tarikh: 31 Mac hingga 2 April 2023
Waktu: 10am hingga 8pm
Instagram: @pasargadis
3. Pasar Seloka Raya, The Ground KL
Pasar Seloka Raya kali ini bertemakan hari raya. Pelbagai booth menarik yang ada di situ. Kalau nak mencari baju raya, kasut raya tu bolehlah singgah hujung minggu ni!
Tarikh: 1 April hingga 2 April 2023
Waktu: 12pm hingga 10pm
Instagram: @pasarseloka
4. Riuh Raya, Sentul Depot
Setiap tahun, Riuh in the city memang tak pernah mengecewakan. Kali ini, riuh membawakan anda booth raya yang lebih menarik dan lebih gempak. Ada juga live perfomances yang akan dipersembahkan tau!
Tarikh: 8 hingga 9 April 2023
Waktu: 3pm hingga 12am
Instagram: @riuhinthecity
5. Corak Hati Raya, Kedai KL @ Rumah Tangsi
Corak Hati Raya dibawakan khas oleh The Messy Club. Berlangsung selama tiga hujung minggu. Banyak tau booth yang ada seperti The Nadi KL, Nyonya Kain, The Batik Life, Oh. Saroong dan macam-macam lagi.
Tarikh: 1 hingga 2 April 2023 (Kedai KL), 8 hingga 9 April 2023 (Rumah Tangsi) & 15 hingga 16 April 2023 (Rumah Tangsi)
Waktu: 10am hingga 8pm (Kedai KL) & 12pm hingga 9pm (Rumah Tangsi)
Instagram: @themessyclub_
6. Riang Raya, REX KL
Anda bukan saja boleh jalan-jalan tengok pop-up store yang ada di sini, anda juga boleh mengajak rakan atau keluarga berbuka di sini sekali. Banyak variasi makanan yang dijual di REX Bazaar, nantikan!
Tarikh: 31 March hingga 2 April 2023
Instagram: @hellorexkl
7. Lai Santai Raya, Doplohtiga Space
Kalau tak tahu mana nak cari tempat lepak after tarawih tu? Haa boleh datang ke event space ni, macam-macam booth ada, pakaian ada, minuman, dessert semua ada. Jangan lupa datang!
Tarikh: 8 hingga 9 April 2023
Waktu: 4pm hingga 10pm
Instagram: @doplohtigaspace
8. Absolute Bazaar X Festival Gaya Raya, MITEC
Haa, ini dia event raya terbesar yang setiap tahun diadakan. Tahun ini, festival raya diadakan di MITEC KL dengan membawakan puluhan jenama terkenal di Malaysia. Ini merupakan event indoor yang cukup selesa buat anda sekeluarga.
Tarikh: 14 hingga 17 April 2023
Instagram: @absolutbazaar
9. Starvendors, KLCC
Berkonsepkan festival raya 100 jam tanpa henti, anda boleh membeli barangan raya dengan puas. Tahun ini, Starvendors diadakan di Kuala Lumpur Convention Centre. Banyak jenama terkenal dan artis-artis jemputan yang akan memeriahkan lagi festival tersebut.
Tarikh: 13 hingga 17 April 2023
Instagram: @starvendors
10. Kaloot Raya Fest, Setia Convention Centre, Shah Alam
Siapa yang duduk di area Shah Alam, bolehlah singgah festival raya ini hujung minggu. Pelbagai gerai yang ada daripada dekorasi rumah, makanan, kuih sehinggalah baju raya anda. Senang pergi satu tempat saja!
Tarikh: 14 hingga 16 April 2023
Waktu: 10am hingga 3am
Instagram: @kalootrayafest2023
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!