seismik

10 Fakta Anda Perlu Tahu Tentang Pesta Makan Anjing Yulin

Tak rasa kasihankah mereka pada makhluk yang comel itu?

Cover image via zenfs.com

1. Pesta Makan Anjing Yulin adalah sebuah pesta keramaian meraikan kedatangan musim panas di China

Image via imgur.com

Ia adalah pesta tahunan yang diadakan di Yulin di daerah Guangxi Zhuang. Di pesta ini, penduduk Yulin akan menjamu selera dengan daging anjing yang dijual dalam pelbagai jenis masakan, dilengkapi dengan arak atau air laici. Menurut mereka, makan daging anjing ketika musim panas dalah baik untuk kesihatan.

dogingtonpost.com

2. Ia berlangsung pada Ahad lepas walaupun para aktivis seluruh dunia telah membuat bantahan besar-besaran terhadap pesta ini

Image via change.org

Sebanyak lebih 4 juta bantahan telah dihantar secara atas talian di change.org, namun pesta ini masih tetap berlangsung. Kerajaan China namun berjanji akan memastikan ia diadakan dalam keadaan 'bersih' dan tiada penyembelihan diadakan di tempat awam pasa masa akan datang.

change.org

3. Lebih 10,000 ekor anjing telah dikorbankan untuk dijadikan hidangan pada pesta tersebut

Anjing yang dikorbankan termasuklah anjing-anjing liar, namun sebahagian besar daripada anjing ini juga merupakan anjing peliharaan yang dicuri dari daerah lain. Anjing-anjing ini dimasukkan ke dalam kandang dan tidak akan diberikan makan atau minum sehingga mereka mengalami denutrisi teruk.

cnn.com

4. Anjing-anjing ini akan dipukul bertalu-talu di kepala, samada oleh peniaga atatu pembeli, disembelih sebelum direbus atau dibakar

Namun demikian, para pemakan dan penjual anjing menafikan perkara ini dan mengatakan bahawa anjing-anjing ini dipotong dan dimasak seperti biasa, sama seperti memasak ayam atau lembu.

people.com

5. Walaupun ada yang mempertikaikan kebersihan anjing yang dijual, tetapi memandangkan kebanyakan anjing tersebut adalah anjing peliharaan, jadi ia agak 'bersih dan sihat' untuk dimakan

Ada di antara anjing-anjing yang ditangkap mempunyai kolar pada leher menandakan ia adalah anjing peliharaan

Image via dailymail.co.uk

Anjing liar dikhuatiri mengandungi penyakit seperti rabies namun nampaknya masalah ini tidak dihiraukan oleh penggemar daging anjing.

6. Penyokong festival ini menyamakan makan anjing seperti sambutan Thanksgiving ataupun Hari Raya Korban ketika masyarakat dari budaya yang lain makan lembu atau ayam

Penggemar daging anjing kelihatan seronok melapah haiwan comel tersebut

Image via dailymail.co.uk

Mereka mempertikaikan bahawa perlakuan makan daging anjing ini tidak banyak beza dengan makan ayam, lembu atau kambing seperti yang diamalkan dalam budaya masyarakat yang lain.

7. Buat masa sekarang, negara China tidak mempunyai undang-undang khusus ke atas kekejaman terhadap binatang

Image via dailymail.co.uk

Di China, anda boleh makan apa saja yang terlintas di fikiran anda; kucing, anjing, ular, biawak, buaya...malahan janin bayi pun ada!

melvister.com

8. Krew media CNN telah dihalang dan diugut ketika membuat liputan tentang pesta makan anjing ini

Ketika membuat liputan pesta makan anjing tersebut, seorang krew CNN yang membuat rakaman visual di kamera beliau telah dihalang oleh pegawai keselamatan dan pemilik gerai, dan beliau juga telah diacukan dengan pisau oleh seorang peniaga wanita di situ.

cnn.com
Image via coalpower.co

9. Aktivis dari Itali mengadakan bantahan terhadap pesta Yulin di hadapan Kedutaan China di Itali

Selain dari Itali, aktivis dari Colorado, Perancis, dan London dan beberapa bandaraya besar lain turut menyertai kempen "No To Dog Meat", kempen khas bantahan ke atas Pesta Yulin.

wordpress.com

10. Yang Xiaoyun, seorang aktivis China sanggup membelanjakan sebanyak 7000 Yuan (RM4,200) untuk menyelamatkan 100 ekor anjing daripada dibunuh di pesta ini

Yang Xiaoyun (kiri) menyelamatkan anjing-anjing ini daripada dibunuh

Image via theglobeandmail.com

Pesta Yulin ada menyediakan "sesi" untuk para pencinta binatang membeli anjing atau kucing daripada dibunuh dengan harga tertentu. Jika 100 ekor anjing telah diselamatkan, bagaimana dengan nasib beribu-ribu anjing yang lain?

Makan anjing, dan membunuh binatang dengan kejam adalah dilarang di dalam agama Islam

Proses sembelihan cara Islam adalah salah satu proses mematikan binatang sekaligus iaitu binatang tidak akan rasa "terseksa" ketika disembelih. Ajaran Islam juga menganjurkan sikap berkasih sayang sesama makhluk, dan perlakuan kejam terhadap binatang adalah satu perlakuan yang tidak boleh diterima. Jadi, menjadi sebahagian dari tanggungjawab kita menghalang perlakuan kejam seumpamanya dari berlaku.

Kesimpulannya, pesta seumpama ini harus dihalang daripada terus berlaku:

Selain daripada itu, ini pula kisah-kisah pelik lain yang berlaku di China:

You may be interested in: