seismik

12 Filem & Drama Hebat Mesti Tonton Inspirasi Kisah Golongan Spektrum Autisme

Jom selami dunia autisme dan jangan lupa tonton filem atau drama ini okay!

Cover image via IMDb , AsianWiki , GSC (Facebook)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

1. Rain Man (1998)

Image via IMDb

Rain Man merupakan sebuah filem drama komedi yang mengisahkan Charlie Babbitt lakonan Tom Cruise yang mementingkan diri sendiri mendapati bahawa bapanya yang lama tidak berjumpa sudah meninggal dunia dan meninggalkan harta pusaka yang berjuta-juta dolar kepada abangnya, Raymond dilakonkan oleh Dustin Hoffman yang mengalami autistik. Dia cuba memanipulasi abangnya untuk berputus asa terhadap pewarisan tersebut.

2. What's Eating Gilbert Grape (1993)

Image via hmv

Filem yang bergenre coming of age, What's Eating Gilbert Grape ini mengisahkan Gilbert lakonan Johnny Depp yang berusia 25 tahun di bandar kecil Iowa, di mana dia bergelut untuk menjaga ibunya yang obese dan adik lelakinya yang autistik, Arnie yang dilakonkan oleh Leonardo DiCaprio sambil cuba mengejar kebahagiaannya sendiri.

3. Mercury Rising (1998)

Image via IMDb

Mercury Rising yang dibintangi oleh Bruce Willis sebagai Art Jeffries, seorang ejen FBI pembelot yang suatu hari menemui seorang budak autisme berusia sembilan tahun, Simon, bersembunyi di dalam almarinya. Ejen tersebut datang untuk melindungi budak lelaki itu selepas mengetahui yang dia telah memecahkan kod rahsia kerajaan yang menjadikannya sasaran pembunuh upahan.

4. I Am Sam (2001)

Image via IMDb

I Am Sam mengisahkan mengenai Sam (Sean Penn), seorang lelaki berkeperluan khas yang berjuang untuk mendapatkan hak penjagaan anak perempuannya yang berumur tujuh tahun (Dakota Fanning), dan dalam proses itu mengajar peguamnya yang berhati dingin (Michelle Pfeiffer) akan nilai kasih sayang dan keluarga.

5. Temple Grandin (2010)

Image via IMDb

Dibintangi oleh Claire Danes, Temple Grandin merupakan filem biopik tentang seorang wanita dan saintis yang merupakan salah seorang tokoh autisme terkenal yang berjaya menghasilkan inovasi dan idea dengan mencipta kandang lembu merevolusikan industri lembu yang berperikemanusiaan.

6. Taare Zameen Par (2007)

Image via IMDb

Taare Zameen Par, dikenali sebagai Like Stars On Earth dalam bahasa Inggeris mengisahkan tentang Ishaan yang berusia sembilan tahun yang cemerlang dalam seni namun prestasi akademiknya buruk di sekolah.

Dipaksa untuk menghadiri sekolah berasrama penuh oleh ibu bapanya, guru seni baharu Ishaan iaitu Nikumbh lakonan Aamir Khan mengetahui tentang gangguan pembelajarannya dan membantunya mendedahkan potensinya dengan kesabaran dan belas kasihan.

7. My Name Is Khan (2010)

Image via IMDb

My Name Is Khan, filem Hindi dengan kutipan tertinggi pada tahun 2010, mengisahkan tentang Rizwan Khan (Shah Rukh Khan), seorang lelaki Islam yang menghidap sindrom Asperger, yang memulakan perjalanan untuk mengubah persepsi orang ramai terhadap komunitinya di Amerika Syarikat selepas isterinya, Mandira (Kajol), mengalami diskriminasi iaitu Islamofobia selepas serangan 11 September.

8. Guang (2018)

Image via GSC (Facebook)

Guang (Bahasa Cina: 光) ialah sebuah filem drama Malaysia yang mengisahkan seorang pemuda autistik berusia 27 tahun, Wen Guang (Kyo Chen), dengan bakat muzik terpendam, tetapi bergelut untuk mencari pekerjaan dalam usaha meringankan beban adik lelakinya (Ernest Chong), yang sentiasa menjaga mereka sejak ibu mereka meninggal dunia.

9. Good Doctor (2013), The Good Doctor (2017)

Good Doctor (Bahasa Korea: 굿 닥터) merupakan siri TV drama perubatan Korea Selatan yang bercerita tentang Park Si-on (Joo Won), seorang doktor pembedahan muda dengan sindrom autisme, yang pandai di tempat kerja tetapi sering menghadapi konflik dengan rakan sebaya dan pesakitnya.

K-drama itu sangat popular menyebabkan drama ini diadaptasi semula oleh Amerika Syarikat dengan judul yang sama, The Good Doctor pada tahun 2017 yang dibintangi oleh Freddie Highmore sebagai Dr Shaun Murphy di San Jose, California.

10. Atypical (2017)

Image via IMDb

Siri TV Netflix, Atypical mengisahkan perjalanan Sam (Keir Gilchrist), seorang kanak-kanak berusia 18 tahun dalam spektrum autisme, yang memutuskan sudah tiba masanya untuk dia mencari teman wanita dan mengawal hidupnya, di mana juga mengubah jalan hidup ibunya (Jennifer Jason Leigh) sendiri ketika anaknya mencari kebebasan. 

11. It's Okay To Not Be Okay (2020)

Image via TV Tropes

It's Okay To Not Be Okay (Bahasa Korea: 사이코지만 괜찮아) merupakan sebuah K-drama yang mengisahkan Moon Gang-tae (Kim Soo-hyun), penjaga tunggal kepada abangnya yang mengalami autistik, Sang-tae (Oh Jung-se). Adik beradik ini bertarung dengan trauma masa lalu dan isu kesihatan mental bersama-sama di mana mereka juga bertemu dengan pengarang buku kanak-kanak antisosial, Ko Mun-yeong (Seo Ye-ji).

12. Extraordinary Attorney Woo (2022)

Image via AsianWiki

Extraordinary Attorney Woo (Bahasa Korea: 이상한 변호사 우영우) merupakan K-drama yang mengisahkan tentang Woo Young-woo (Park Eun-bin), seorang peguam muda autisme yang mempunyai IQ tinggi, ingatan yang mengagumkan dan proses pemikiran kreatif yang luar biasa. Walau bagaimanapun, walaupun menamatkan pengajian di peringkat teratas dalam kelasnya di universiti, dia bergelut di tempat kerja kerana cara komunikasinya yang ganjil dan janggal, dan berbeza daripada rakan sekerjanya yang lebih 'normal' atau neurotypical.

Klik Sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang autisme!

Image via SAYS

Lagi artikel menarik #autismawareness di SAYS:

You may be interested in: