13 Perkara Yang Dapat Membantu Anda Bangun Lebih Awal Setiap Pagi
Setiap orang dewasa perlu mendapatkan 7-8 jam tidur setiap hari.
1. Fikirkan tentang sesuatu yang positif sebelum tidur
Contohnya seperti rancangan yang akan menceriakan hari anda pada keesokkan hari. Apabila anda bangun nanti, anda akan rasa excited untuk mulakan hari anda.
Selain itu, menurut seorang pakar tidur bernama Dr. Stephanie Silberman, apabila anda mengamalkan pemikiran positif sebelum tidur, ia dapat mengurangkan fikiran lain yang dapat mengganggu tidur anda seperti perasaan risau. Jadi, ia dapat membantu anda tidur lebih lena.
2. Jika berfikiran positif saja tak membantu, dengar muzik yang menggembirakan anda
Bagi sesetengah orang, mendengar muzik dapat membantu menjadikan mood mereka positif. Muzik itu pula pastikan jangan terlalu rancak.
"Penggunaan alatan elektronik boleh merangsang sistem kitaran 24 jam badan manusia dimana ia boleh memberi kesan terhadap waktu tidur," kata Dr. Figueiro, seorang Profesor Madya di Institut Politeknik Rensselaer.
3. Lompat dari katil bila bangun
Ini benda betul, tak tipu. Ia memang membantu anda terus rasa cergas.
4. Pastikan tidur anda mencukupi
Maksudnya: jangan tengok handphone, laptop atau apa-apa alatan elektronik yang boleh mengganggu anda untuk tidur.
5. Jadikan waktu anda bangun sebagai rutin harian termasuklah hujung minggu
Sekiranya anda bangun pada hujung minggu, anda dapat buat banyak perkara yang anda tangguhkan sebelum ini seperti berkebun, bersenam, atau kemas rumah.
6. Wujudkan rutin harian selepas bangun seperti minum kopi, bersenam atau membuat sesuatu yang kreatif
Rutin seperti ini juga boleh dijadikan motivasi untuk anda bangun pagi. Contohnya, anda beritahu diri sendiri, "Kalau bangun awal, dapat bancuh dan nikmati kopi yang sangat sedap!".
Menurut seorang doktor yang dikenali sebagai Dr. Epstein berkata, "Badan kita biasa dengan rutin dan ia dapat membantu badan kita untuk berkerja dengan lebih baik".
7. Sediakan segala persiapan waktu petang atau malam supaya anda tak perlu bergegas pada keesokan hari
Contohnya, anda sediakan baju jogging, baju kerja, fail dalam beg dan segalanya yang sering disediakan pada waktu pagi.
8. Pastikan anda tak buat apa-apa yang berkaitan dengan kerja sejurus anda bangun supaya anda tak menjadi stress
9. Letakkan alarm clock jauh dari katil
Apabila anda bangun untuk matikan jam, pasti anda akan terus terjaga. Lagi jauh lagi bagus tetapi jangan jauh sangat sampai anda tak dengar langsung.
11. Pastikan bunyi alarm clock anda tak annoying
Tetapkan bunyi alarm clock anda dengan lagu atau bunyi yang tak buat anda sakit jantung mahupun buat anda lagi terlena. Lagu itu biar yang boleh buat anda senang bangun.
12. Mula dengan menetapkan alarm clock anda seminit atau dua minit lebih awal setiap hari
Memang mustahil lah kalau anda mahu bangun pukul 5 pagi terus kalau anda dah biasa bangun pada pukul 7 setiap pagi. Jadi, tetapkan waktu bangun anda awal beberapa minit untuk biasakan badan anda untuk bangun awal sehingga anda dapat bangun pada waktu yang anda inginkan.
13. Minum satu gelas air kosong
Ia akan membantu anda untuk mengelakkan hidrasi semasa tidur dan confirm anda akan bangun awal untuk cari bilik air dulu.
Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? 'LIKE' Facebook SAYS SEISMIK serta 'follow' kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!