seismik

Punca Dari Tayar Meletup, 22 Pelajar & 3 Guru Maut Dalam Kebakaran Tragis Bas Sekolah

Ya Allah, sedihnya.

Cover image via Chalinee Thirasupa/Reuters via CNA (Facebook)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sebuah bas dua tingkat dari wilayah Uthai Thani di utara Thailand terbakar pada Selasa, 1 Oktober dan mengorbankan kira-kira 23 nyawa termasuk pelajar dan guru

Menurut laporan Harian Metro, Pemangku Pesuruhjaya Polis Diraja Thailand, Pol. Gen. Kittharath Punpetch mengesahkan bahawa bas yang membawa enam guru dan 39 pelajar itu dalam perjalanan pulang ke Uthai Thani sebelum terbakar di Jalan Vibhavadi Rangsit di Bangkok.

"Berdasarkan keterangan saksi dan rakaman CCTV, kebakaran dipercayai tercetus akibat tayar meletup.

"Letupan itu dikatakan mencetuskan percikan api yang menyambar tangki gas, menyebabkan kebakaran merebak dengan cepat ke seluruh bas," katanya.

"Polis mengutamakan usaha menyelamat dan memberi sokongan kepada pelajar serta keluarga yang terjejas. Mayat mangsa telah ditemukan, namun jumlah kematian yang tepat belum dapat disahkan kerana ada mangsa yang masih terperangkap di bawah tempat duduk.

"Pasukan penyelamat sedang menanggalkan tempat duduk dengan berhati-hati untuk mengeluarkan mayat," katanya lagi.

Pihak polis masih dalam proses mengenal pasti kesemua identiti mangsa

"Pemandu bas dipercayai melarikan diri dari tempat kejadian. Polis sedang giat mengesan pemandu itu, dan syarikat bas bersama mana-mana individu yang bertanggungjawab boleh berdepan tindakan jika didapati cuai," katanya.

Menurut beliau, kesemua mayat akan dihantar ke Institut Forensik di Hospital Besar Polis, dan sampel DNA akan diambil daripada waris bagi membantu proses pengecaman.

"Saya mengarahkan pasukan forensik untuk mempercepatkan proses pengecaman, dengan tujuan menyelesaikannya dalam tempoh dua hari supaya keluarga dapat mengadakan upacara pengebumian mengikut agama mereka,"
katanya.

Image via Facebook

Lihat video di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: