3 Faktor Penting Dipertimbangkan Sebelum Pelaksanaan Sistem Transit Baharu Di JB

Kerajaan baru-baru ini telah mengumumkan pemilihan sistem e-ART sebagai penyelesaian kepada masalah kesesakan di Johor Bahru.

Cover ImageCover image via Berita RTM & FMT

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kerajaan perlu mempertimbangkan tiga faktor utama sebelum melaksanakan sistem Transit Aliran Pantas Autonomi Bertingkat (e-ART) bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di Johor Bahru (JB)

SAYS.com
Image via Berita RTM

Menurut laporan Free Malaysia Today (FMT), kumpulan pemikir pengangkutan, MY Mobility Vision, faktor berkenaan merangkumi kapasiti penumpang, kos operasi dan penyelenggaraan jangka panjang serta kesan terhadap aliran trafik sedia ada.

Pengarah Eksekutifnya, Rahman Hussin berkata, kerajaan perlu mengenal pasti jumlah penumpang yang dijangka menggunakan sistem itu, khususnya ketika waktu puncak.

Katanya, penilaian turut perlu dibuat bagi memastikan kapasiti kenderaan dan kekerapan perkhidmatan yang dicadangkan mampu menampung permintaan penumpang.

Beliau berkata, penilaian tersebut tidak seharusnya tertumpu kepada kos pembinaan semata-mata, sebaliknya perlu mengambil kira penyelenggaraan infrastruktur, penggantian kenderaan, penggunaan tenaga dan sokongan teknologi sepanjang tempoh operasi sistem berkenaan.

"Penilaian itu perlu mengambil kira bukan sahaja perbelanjaan pembinaan, malah penyelenggaraan infrastruktur, penggantian kenderaan, penggunaan tenaga dan sokongan teknologi sepanjang jangka hayat sistem," katanya.

Pada Jumaat, kerajaan mengumumkan pemilihan sistem e-ART sebagai penyelesaian kepada masalah kesesakan di Johor Bahru

SAYS.com
Image via FMTImage via

Langkah itu turut disokong menerusi beberapa inisiatif sementara, termasuk penambahan perkhidmatan bas dan KTM Komuter serta penyediaan perkhidmatan Grab Shuttles di kawasan tumpuan orang ramai.

Rahman berkata, kerajaan juga perlu meneliti kaedah mengintegrasikan sistem autonomi berkenaan dengan kemudahan pengangkutan sedia ada serta Laluan Sistem Transit Rapid (RTS) Johor Bahru-Singapura yang dijadualkan mula beroperasi pada pertengahan Februari.

"Pengalaman antarabangsa menunjukkan sistem pengangkutan bandar yang berjaya dirancang berdasarkan permintaan penumpang, integrasi rangkaian dan prestasi operasi, bukannya teknologi semata-mata," katanya.

Sementara itu, perunding pengangkutan, Rosli Azad Khan berkata, kenderaan e-ART mampu membawa hampir 10 kali ganda jumlah penumpang berbanding bas henti-henti biasa.

Menurutnya, kapasiti itu menjadikan sistem berkenaan lebih sesuai untuk menampung jumlah penumpang yang tinggi ketika waktu puncak berbanding penggunaan bas biasa.

Beliau berkata, sistem bertingkat itu juga mampu melengkapi perkhidmatan RTS Link kerana boleh membawa ramai penumpang dalam satu hentian di Bukit Chagar.

Tambahnya, laluan bertingkat khusus atau lorong berasingan di aras jalan membolehkan kenderaan e-ART bergerak pada kelajuan maksimum tanpa terganggu kesesakan trafik biasa.

"Bagi meningkatkan keberkesanannya, sistem ini perlu diperkenalkan sebelum RTS mula beroperasi supaya rangkaian laluannya dapat diwujudkan lebih awal dan pengguna pengangkutan awam dapat membiasakan diri dengannya," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: