seismik

3 Individu Cedera Selepas Papan Iklan Digital Di Lebuhraya Persekutuan Terbakar

Kejadian dipercayai berlaku pada 1.25 tengah hari tadi.

Cover image via @redzuanNewsMPB (X) & @BuletinTV3 (X)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sebuah papan iklan digital di tepi Lebuhraya Persekutuan di Petaling Jaya dilaporkan terbakar pukul 1.25 tengah hari tadi

Video kebakaran itu telah tular di media sosial yang memperlihatkan asap tebal keluar dari papan iklan tersebut.

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa pemilik akaun media sosial mendakwa terdapat individu dikatakan pekerja yang melakukan kerja penyelenggaraan berada di bahagian atas papan tanda itu semasa kebakaran berlaku.

Berdasarkan video yang tular, individu yang terlibat dilihat menurunkan papan iklan itu selain bomba sudah berada di lokasi kejadian untuk operasi memadamkan api.

Tiga pekerja warga Indonesia dilaporkan cedera

Menurut laporan New Straits Times, tiga pekerja warga Indonesia cedera manakala enam lagi selamat tanpa kecederaan selepas papan iklan Lebuhraya Persekutuan itu terbakar.

Tiga daripada pekerja itu mengalami luka ringan dan kesemuanya telah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk rawatan lanjut.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan M Hussin Sollehuddin Zolkifly mengesahkan kejadian dan berkata siasatan lanjut sedang dijalankan.

Lihat video di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: