'3 Sekawan Kuih' Masak Rendang Untuk Raya? Eh, Meriahnya Karakter Kuih Di MyTOWN Ini!

Ini baru betul-betul meriah. Peh!

Artikel ini ditaja oleh MyTOWN Shopping Centre.

Masuk sahaja bulan puasa, selalunya ramai orang berpusu-pusu untuk serbu mall. Bukan nak beli-belah aje, tapi sebab nak tengok dekorasi ruang dalaman mall di musim perayaan.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Pinterest

Mana tidaknya, siapa yang tak nak gambar Instagram dengan latar belakang yang cantik bukan? Barulah lawa sikit feed Instagram anda semua.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Asian Banking School

Sebelum itu, kami ingin berkongsikan tentang kemeriahan sambutan Hari Raya di pusat membelah-belah MyTOWN Shopping Centre, Kuala Lumpur ini. Kali ini, bertemakan 'Semanis Syawal', MyTOWN menampilkan perayaan Hari Raya Aidilfitri yang diraikan oleh bukan sahaja kaum Melayu tetapi pelbagai bangsa di Malaysia melalui kuih tradisional Melayu yang disukai oleh semua lapisan masyarakat.

Setiap orang pasti ada kuih kesukaan sendiri bukan?

Persiapan raya di Kampung Che Manis memang meriah beno!

Bermula dari 17 Mei hingga 16 Jun 2019, jom datang beramai-ramai dan terokai sendiri Kampung Che Manis di MyTOWN! Kalau anda nak tahu, ruang tengah MyTOWN ini telah diubah suai menjadi sebuah perkampungan kecil. 

Di situ, anda boleh berjumpa dengan 3 Sekawan Kuih iaitu: Luq Lapis (Kuih Lapis), Yaya Yap (Kuih Ketayap) dan Bob Hulu (Kuih Bahulu) bersama penduduk kuih yang sedang melakukan persiapan raya. Ada kuih yang masak rendang, bakar lemang, hias rumah dan banyak lagi.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh bergambar dan nikmati persembahan raya!

Image via Google

Selain itu, anda juga boleh berhibur dengan persembahan hari raya Kampung Che Manis macam Santai Raya bersama Ippo Hafiz, sesi bercerita bersama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), gendang rakyat dan joget Kampung Che Manis. Teringin nak jumpa Bob Hulu, Luq Lapis dan Yaya Yap tak? Maskot 3 Sekawan Kuih juga akan berlegar-legar dalam MyTOWN untuk beramah mesra dengan pengunjung MyTOWN.

Eh, Bazaar Raya pun ada!

Image via Giphy

Nak mood raya anda lebih onz? Jangan risau sebab di Kampung Che Manis juga ada bazar raya di Aras Bawah (Ground Floor). Bazar Raya ini anda menjual barangan keperluan raya seperti kuih raya, hamper, baju raya dan banyak lagi.

Bila dah penat shopping, anda tak perlu pening kepala nak cari tempat berbuka puasa. Turun je Aras B1 – Foodtown sebab di situ ada tempat duduk khas yang disediakan untuk berbuka dan banyak juadah berbuka puasa yang dijual. Kalau nak rasa lain daripada yang lain, boleh ke bahagian luar pusat membeli belah di Sunken Garden. Di situ dibentangkan beberapa tikar mengkuang untuk pengunjung duduk bersantai dengan keluarga.

Anda juga berpeluang untuk membawa pulang barangan eksklusif 3 Sekawan Kuih

Bila dah selesai membeli-belah di MyTOWN, jangan lepaskan peluang untuk dapatkan barangan eksklusif 3 Sekawan Kuih yang comel secara percuma. Kalau anda membeli-belah sebanyak RM50 ke atas, jangan lupa ke kaunter informasi MyTOWN untuk membawa pulang
Paket Raya Mini. Lagi banyak anda membeli-belah untuk Hari Raya, lagi banyak pilihan barangan eksklusif seperti Paket Raya Premium, Beg atau Bantal Kuih. 

Sebelum itu, baca dulu Terma dan Syarat ini. Barulah boleh serbu dengan pantas sementara stok masih ada!

Jom beramai-ramai rasai sendiri kemeriahan Manisnya Raya bersama 3 Sekawan Kuih di MyTOWN!

Jangan lupa untuk ke MyTOWN dan sama-sama memeriahkan sambutan raya di sana. Klik video di bawah sebab kami nak belanja video Penduduk Kampung Che Manis buat persiapan raya mereka. MERIAH BEB!

Comel bukan?

Untuk maklumat lanjut tentang sambutan hari raya dan aktiviti juga persembahan Raya di MyTOWN, layari laman sesawang MyTOWN atau Facebook MyTOWN Shopping Centre dan Instagram MyTOWNKL.

Kami jumpa anda di sana ya! :)

MyTOWN Shopping Centre
No. 6 Jalan Cochrane, Cheras
Seksyen 90, 55100 Kuala Lumpur
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Nombor telefon: 03-2710 0057

Waktu Operasi: 10.00 pagi – 10.00 malam

Artikel di atas dipetik daripada portal OHBULAN! dan diterbitkan semula oleh SAYS Seismik.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Leave a comment