seismik

[VIDEO] Tiga Kereta Sangkut & Satu "Ditelan" Longkang Besar Di Desa Pandan Dalam 2 Hari

Kenapa bahaya sangat ni?

Cover image via Iffah Binti Ibrahim/Facebook

Baru-baru ini, penduduk Desa Pandan telah menyaksikan tragedi empat kereta yang menjadi mangsa kepada sebuah longkang besar di situ

TIdak pasti apa puncanya, namun laluan itu tampak seperti tidak selamat untuk digunakan pengguna jalan raya.

Laluannya yang terlalu sempit, ditambah pula dengan jumlah kenderaan yang bertali arus menjadikan kawasan itu begitu bahaya untuk dilalui. Malah, kewujudan longkang besar di situ menambah lagi kecenderungan kepada kemalangan.

Myvi hampir terjatuh.

Image via Iffah Binti Ibrahim/Facebook

Perkara ini dikongsi oleh Iffah Binti Ibrahim di Facebook pada Rabu, 13 Disember 2017

Berdasarkan post tersebut, Iffah berkata dia berasa takut untuk lalu di situ lagi selepas ini apabila semua kejadian itu berlaku di depan matanya sendiri.

Menurutnya lagi, kejadian empat kereta itu terjadi dalam masa 2 hari sahaja. Dan lebih buruk, sebuah kereta turut terhumban ke dalam longkang besar berkenaan.

Setekat ini, perkongsian Iffah telah mendapat hampir 7,000 shares.

Iffah juga sempat merakam video kesemua 4 kejadian. Saksikan semuanya di bawah:

kereta pertama

Posted by Iffah Binti Ibrahim on Wednesday, December 13, 2017
kereta kedua

Posted by Iffah Binti Ibrahim on Wednesday, December 13, 2017
kereta ketiga

Posted by Iffah Binti Ibrahim on Wednesday, December 13, 2017
kereta keempat

Posted by Iffah Binti Ibrahim on Wednesday, December 13, 2017

Nampaknya, perkara ini bukanlah sesuatu yang baru buat penduduk Desa Pandan.

Menurut netizen, jalan sempit itu sudah lama terdedah kepada bahaya tetapi pihak berkuasa tidak pernah bertindak.

Jadi, macam mana nak settle ni? Kongsikan pendapat di ruangan komen!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Anda dah pernah lalu sini?

You may be interested in: