Bercuti Ke Langkawi? Ini 4 Tempat Milik Rakan Usahawan PUNB Best & Selesa Anda Patut Stay!
Jangan lupa save info ini.
Pulau Langkawi adalah salah satu destinasi pelancongan yang terkenal di negara ini
Pulau yang terkenal dengan lagenda Mahsuri ini mempunyai banyak tempat menarik untuk dilawati. Sebelum memulakan percutian ke pulau ini, anda perlu memikirkan aktiviti, tempat untuk dilawati dan lokasi penginapan yang sesuai bukan?
Lokasi penginapan adalah perkara pertama yang dititikberatkan dalam merancang percutian. Pemilihan lokasi penginapan ini bergantung kepada kehendak dan keperluan percutian masing-masing.
Anda boleh memilih lokasi penginapan di sekitar kawasan bandar, sekiranya anda seorang yang gemar akan kesibukan kota dan tujuan utama percutian anda adalah untuk membeli-belah. Kelebihan menginap di kawasan bandar ialah berhampiran dengan lokasi beli belah, kemudahan pengangkutan awam dan banyak restoran atau kafe-kafe yang boleh dikunjungi.
Kawasan di tepi laut atau berhampiran gunung lebih bersesuaian bagi mereka yang inginkan ketenangan dan berehat daripada hiruk pikuk kesibukan kota. Mereka juga boleh melakukan aktiviti di pantai mahupun menikmati alam sekitar dengan mengembara hutan, berkelah di air terjun dan sebagainya.
Jadi mestilah kena betul-betul pilih yang sesuai. Berikut adalah senarai tempat penginapan menarik milik Rakan Usahawan PUNB untuk percutian anda.
1. Maneh Villa
Suasana vila yang dikelilingi pokok-pokok hijau dengan bunyi pancuran air tentunya menimbulkan suasana damai sebaik saja anda menjejakkan kaki ke Maneh Villa yang terletak di Jalan Pantai Tengah ini.
Persekitaran yang hijau, tenang dan nyaman sememangnya menyegarkan minda para pengunjung. Anda boleh bersantai dan menginap di vila ini dalam suasana hening tanpa gangguan.
Vila ini menawarkan tiga jenis penginapan iaitu vila sebuah bilik, vila dua buah bilik dan vila tiga buah bilik yang dilengkapi kolam renang peribadi. Bagi penghuni yang ingin menikmati sarapan dalam suasana berbeza, mereka boleh menempah pakej ‘floating breakfast’.
Suasana di Maneh Villa ni sangat eksklusif dan privasi tau! Sangat sesuai untuk pasangan yang ingin berbulan madu atau raikan hari istimewa. Tempat ni juga sesuai untuk ‘healing'.
Info lebih lanjut di sini.
Maneh Villa Langkawi
Alamat: Lot 1240, Jalan Pantai Tengah, Kampung Tasik Anak, Temoyong Mukim Kedawang, Langkawi, Kedah
T: 049551967
E: [email protected]
F: Maneh Villa Langkawi- Private Pool
2. Royale Chenang Resort
Gabungan seni bina berkonsepkan moden kontemporari dan ‘English Cottage’ ini adalah antara keunikan Royale Chenang Resort yang terletak di Pantai Tengah, Langkawi.
Jadi, tak hairanlah tempat penginapan milik Rakan Usahawan PUNB ini digelar ‘instagrammable’. Ramai yang menyangkakan ia terletak di luar negara tau.
Selepas ambil gambar banyak-banyak, pengunjung boleh terus ‘upload’ dan tag #royalechenangresort. Yang bestnya, resort ini menyediakan wifi percuma, yay!
Resort ini mempunyai 40 unit bilik, memang sesuai untuk mereka yang datang ke Langkawi bercuti bersama rakan dan keluarga. Menariknya, lokasi resort ini agak strategik kerana jaraknya dengan pantai berhampiran hanya kira-kira 500 meter.
Bagi mereka yang mempunyai rancangan bercuti ke Langkawi, boleh masukkan Royale Chenang Resort dalam senarai lokasi penginapan pilihan.
Info lebih lanjut di sini.
Royale Chenang Resort
Alamat: Jalan Teluk Baru, Pantai Tengah, 07000 Langkawi, Kedah
T: 04-9551364
E: [email protected]
F: Royale Chenang Resort
3. Royale Riviera Resort Private Pool Villas
Bagi pengunjung yang mahukan lokasi penginapan dengan suasana berbeza, boleh berkunjung ke Royale Riviera Resort (Signature Pool Villas) yang terletak di Taman Sungai Kuala Melaka, Langkawi.
Resort berkonsepkan penginapan vila persendirian yang dilengkapi kolam renang peribadi ini menyajikan suasana nyaman dengan persekitarannya dikelilingi alam semula jadi. Pengunjung yang menginap di Royale Riviera Resort ini disajikan dengan pemandangan sawah padi yang menghijau dan kawasan paya bakau serta sungai.
Seni bina vila yang berkonsepkan moden kotemporari ini sangat sesuai untuk percutian secara berkumpulan atau berkeluarga kerana sebuah vila boleh memuatkan sehingga lapan individu dan persekitaran vila juga agak luas. Sangat sesuai untuk jalankan pelbagai aktiviti!
Resort ini juga terletak berhampiran dengan jarak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi yang mengambil hanya 5 minit perjalanan menaiki kenderaan. Bagi mereka yang merancang untuk bercuti bersama keluarga dan rakan-rakan di Langkawi boleh masukkan Royale Riviera Resort Private Pool Villas dalam cadangan senarai penginapan anda!Info lebih lanjut di sini.
Royale Riviera Resort Signature Pool Villas
Alamat: Lot PT 503, Taman Sungai Kuala Sungai Melaka, Mukim Padang Matsirat, 07000 Langkawi, Kedah
T: 011-1986 5180
E: [email protected]
F: Royale Riviera Resort Private Pool Villas
4. Penarak Bamboo Beach Resort Langkawi
Satu lokasi dengan tiga pilihan pengalaman penginapan berbeza. Ini yang ditawarkan oleh Penarak Bamboo Beach Resort Langkawi yang terletak di Kampung Penarak, iaitu di Pekan Kuah dan kira-kira 1km dari terminal feri.
Resort milik Rakan Usahawan PUNB ini berkonsepkan mesra penginap dengan pengunjung boleh memilih untuk tinggal di penginapan bertingkat atau penginapan atas laut (‘floating house’).
Bagi kaki pancing, amat sesuai untuk menginap di bilik atas laut ('floating house') kerana anda dibenarkan memancing dari balkoni bilik. Parkir kenderaan turut disediakan di hadapan setiap penginapan.
Penarak Bamboo Beach Resort menyajikan pemandangan laut dan perkampungan nelayan yang terletak berhampiran resort. Pengunjung tidak perlu risau kerana harga penginapan yang ditawarkan amat berpatutan daripada harga bajet hingga ke harga mampu bayar.
Lokasi penginapan ini juga sesuai untuk penganjuran majlis kerana mempunyai dewan acara dan menawarkan pakej lengkap termasuk pengangkutan, penginapan serta jamuan.
Info lebih lanjut di sini.
Penarak Bamboo Beach Resort Langkawi
Alamat: Lot 85, Kampung Penarak, Langkawi, Kedah
T: 04-9666194
E: [email protected]
F: Penarak Bamboo Langkawi
Haa, nampak best kan semua tempat ni? Siapa yang ada plan nak bercuti di Langkawi boleh try penginapan yang kami cadangkan!
Nak tahu lebih lanjut mengenai PUNB? Ingin menjadi Rakan Usahawan PUNB? Sila klik www.punb.com.my. Jangan lupa ikuti media sosial rasmi Instagram @punbofficial untuk maklumat terkini PUNB.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!