5 Perkara Yang Peniaga Online Je Faham, Parcel Tiba-Tiba Tak Boleh Track Tu Paling Pening!
Mencabar betul jadi peniaga online ni ya.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Artikel ini ditaja oleh Ninja Van Malaysia.
Jadi peniaga online ni tak semudah yang anda sangkakan. Dengar memanglah mudah. Post gambar kemudian orang beli, bungkus dan pass parcel kepada kurier. Itu je.
Tapi anda lupa, mana mungkin ada kerja yang tak ada masalah kan? Haa.. anda tahu tak, masalah terbesar peniaga online ni adalah pihak kurier!
Kadang-kadang mereka ada masalah dengan pihak kurier tau dan kalau dapat kurier yang tak membantu boleh menangis weh.
Jom tengok apa yang selalu penjual-penjual ini hadapi.
Parcel tak boleh track
Paling stress bila anda dapat pihak kurier yang tak ada sistem yang betul. Susah betul nak track parcel pelanggan dekat mana aduhai.
Asyik lah tak ada dalam sistem! Kalau penjual tak dapat track apatah lagi pembeli kan? Lagi pening nak jawab!
Khidmat Pelanggan tak dapat dihubungi
Memanjang busy linenya. Call pagi tak dapat, call petang tak dapat. Nak call malam lah dah tutup pulak. Bila lah nak dapat bantuan khidmat pelanggan ni?
Kurier kerja 5 hari je seminggu
Nampak remeh kan? “Ala, tunggu lah hari Isnin baru nak post!”
Ha tapi sebenarnya leceh tau. Lagi pening kalau dekat tempat tu ada satu je pejabat kurier. Hari-hari kena beratur panjang.
Kalau buka hari-hari kan lagi mudah, tak payah lah pembeli pening nak susun time untuk pos barang. Lambat dua hari pun pembeli marah tau.
Lama betul nak tunggu isu selesai, pembeli dah bising ni!
Tadi admin dah kata susah nak telefon khidmat pelanggan kan? Ha..dah dapat telefon, punyalah lama nak selesaikan isu tu! Asyik kena minta update. Tapi tak selesai pun. Pembeli dah bising tanya tanya, penjual pula yang serba salah aduhai.
Kurier tak dapat track rider mana yang hantar barang
Bila anda tak pilih kurier yang bagus, macam admin cakap tadi sistem pun lemah jadi semuanya tak dapat di track. Bukan sahaja parcel tapi rider mana yang hantar pun mereka tak tahu. Bila barang hilang, membuatkan situasi tu lagi susah nak diselesaikan.
Pemilihan kurier merupakan antara perkara paling penting untuk penjual
Sebagai penjual anda mesti nakkan yang terbaik untuk pembeli kan? Kalau boleh hari ni pembeli letak order esok terus hantar.
Tapi kadang-kadang, seberapa pantas pun anda buat kerja tapi kurier yang lambat pun dan juga yang kena balik kan?
Ha.. sebab tu lah, anda kena masukkan pemilihan kurier ni bila nak buat bisnes.
Antara kurier paling mantap dan menjadi pilihan penjual di Malaysia ialah Ninja Van Malaysia!
Memang ada banyak syarikat penghantaran kat Malaysia ni tapi nak dapat yang betul-betul puas hati tu susah weh! Tak semua ada servis yang mantap macam Ninja Van Malaysia!
Anda tau tak yang mereka boleh selesaikan masalah anda dalam masa 24 jam?
Customer service dia fuh, tiptop! Kalau anda ada masalah, anda boleh terus sahaja email atau gunakan sahaja NinjaChat, platform berasaskan pesanan sosial dengan fungsi sembang masa sebenar.
Senanglah anda nak track parcel yang anda hantar dengan mudah dan cepat!
Bukan sahaja Ninja Van Malaysia respond pantas, isu pun boleh selesai cepat!
Tak payah takut dah kalau pembeli bising-bising sebab isu anda tu boleh selesai dalam masa 24 JAM! Betul tu, 24 jam!
So, anda jangan risau risau dan boleh terangkan dekat pelanggan berapa lama masa yang anda perlukan untuk selesaikan sesuatu isu itu.
Sekurang-kurangnya, pelanggan akan lebih lega bila dapat tahu jangka masa untuk masalah mereka diselesaikan betul tak?
Anda boleh dapatkan penghantaran pantas sebab Ninja Van Malaysia beroperasi 7 hari seminggu!
Ninja Van Malaysia ini juga jadi pilihan ramai sebab sistem mereka yang sangat sistematik dan mereka turut beroperasi 7 hari seminggu dari segi pick up, penghantaran dan juga customer support.
Yang paling best, cawangan Ninja Van Malaysia ini ada merata-rata! Senang lah nak drop parcel kalau ada banyak cawangan kan? Kalau dekat satu tempat tu penuh boleh pergi tempat lain.
Kalau nak mereka pick-up parcel dekat kedai atau rumah pun boleh je. Mana yang mudah untuk anda lah! Ninja Van Malaysia ini ada banyak pilihan yang anda boleh pilih.
Siap boleh cash on delivery lagi. Patutlah ramai pembeli dan juga penjual suka gunakan perkhidmatan mereka ini!
Bukan main berdrama lagi ya anda nak settlekan isu parcel! Sebijik macam video kat bawah ini
Jom layan K-drama daripada Ninja Van Malaysia dekat bawah ini. Mesti anda boleh relate!
Ha macam K-drama betul ya. Admin pun sedih sekali rasa nak pergi tolong carikan je barang tu. Nak lagi? Haa.. admin kasi lagi satu.
Tengok rider-rider Ninja Van Malaysia dengan peniaga dan pembeli ini semua. Chill habis!
Sebab itulah ramai peniaga menggunakan khidmat Ninja Van Malaysia sebab mereka boleh selesaikan masalah bungkusan anda dengan cepat dan mudah!
Ha, apa lagi tu? Jangan pening kepala dah, tukar je kurier pilihan anda ke Ninja Van Malaysia. Terus settle semua masalah-masalah yang anda ada tu.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh klik dekat SINI!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!