COD Scams: Ini Penjelasan Daripada 'Ninja Van' & Cara Untuk Anda Elak Jadi Mangsa Scammer
Semoga bermanfaat untuk semua.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Umum sedia maklum, kelicikan penipuan kewangan atau scammer semakin menjadi-jadi dalam negara sejak kebelakangan ini
Baru-baru ini, tular sebuah posting di Facebook mengenai isu sindiket 'COD Scams' yang sering berlaku dalam kalangan masyarakat kita hari ini.
Oleh itu, Ninja Van Malaysia terpanggil untuk menjelaskan isu tersebut dan memberikan kesedaran tentang 'COD Scams' kepada masyarakat khususnya kepada rakyat Malaysia.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Adzim Halim kepada SAYS Seismik, Ninja Van berpendirian tegas dalam menentang sebarang penipuan COD.
Pihaknya mempunyai protokol yang ketat dalam menangani isu ini dan sangat komited dalam mengambil langkah sewajarnya untuk mengelakkan insiden yang sama daripada berulang.
Apa itu 'COD scams' dan bagaimana ia berlaku?
Secara ringkas, 'COD scams' mengumpan pelanggan untuk membayar barangan yang:
- Tidak dibeli oleh pelanggan; atau
- Tidak memenuhi jangkaan pembelian mereka
Scammer juga semakin canggih dengan menyamar sebagai penjual dalam talian yang sah di laman web palsu mereka, atau meletakkan iklan palsu di media sosial.
Salah satu contohnya adalah dengan mengiklankan jam tangan Rolex yang asli dengan harga RM300, tetapi penipuan berlaku apabila penerima bungkusan menerima barang tiruan atau barang yang sangat berbeza.
Kami tidak mempunyai hubungan secara langsung dengan scammers ini kerana kebanyakan daripada mereka berpusat di luar negara dan mengirim bungkusan COD mereka melalui penghantar barang (freight forwarders) yang kemudian menyerahkan penghantarannya kepada Ninja Van.
Bagaimana penipuan ini boleh berlaku dan terjadi?
● Scammers > Freight Forwarders
Freight forwarders adalah orang tengah dalam menghubungkan penjual asing dan Ninja Van. Ninja Van kemudiannya akan membuat penghantaran bungkusan kepada penerima.
● Freight Forwarders > Ninja Van
Apabila Ninja Van menghantar bungkusan ke rumah anda, kami mengumpulkan wang tunai bagi pihak freight forwarders. Wang tunai yang dikumpulkan kemudiannya akan dihantar kepada freight forwarders, yang kemudian akan mengirimkan wang tunai tersebut kepada pengirim mereka.
● Ninja Van > Pelanggan
Individu atau ahli keluarga yang membantu menerima bungkusan menyedari bahawa mereka tidak membeli barangan tersebut atau bungkusan yang diterima mengandungi barangan rawak dengan nilai yang lebih rendah.
Apa tindakan yang diambil oleh Ninja Van sekiranya perkara ini terjadi?
- Apabila Ninja Van menerima laporan mengenai 'COD scams', pihak kami akan membuat pengembalian wang sebagai tanda simpati.
- Kami turut menjalinkan hubungan yang rapat dengan pihak freight forwarders untuk memerangi 'COD scams’ dengan menyenarai hitam scammers yang telah dikenal pasti.
- Kami juga mempunyai proses pemeriksaan yang sangat ketat terhadap semua pengirim tempatan kami sewaktu sesi pengenalan. Ini merupakan sebahagian daripada proses kami untuk meminta salinan dokumen SSM mereka dan juga perincian mengenai pengarah mereka.
- Walaupun dengan adanya proses-proses ini, ianya amat mustahil untuk menghapuskan sepenuhnya 'COD scams' daripada terus berlaku, terutamanya kerana kebanyakan daripadanya berasal daripada bidang kuasa asing.
- Menyenarai hitam scammers juga bukanlah 100% penyelesaian yang mudah. Ini kerana scammers mungkin memiliki banyak kedai dalam talian, atau menggunakan lebih daripada satu penyatuan penghantaran.
- Inilah sebabnya mengapa ia penting untuk penerima bungkusan sentiasa berjaga-jaga dan berwaspada.
Ini 5 tips untuk mengelakkan diri anda daripada 'COD scams':
1. Berhati-hati dengan barangan yang dijual dengan harga yang sangat rendah. Salah satu cara untuk anda tahu adalah jika harga barang tersebut tidak masuk akal ataupun yang munasabah.
2. Jika anda memesan bungkusan COD, pastikan sesiapa sahaja di rumah anda dimaklumkan terlebih dahulu untuk tidak menerima atau membayar apa sahaja melainkan telah diberitahu.
3. Selidik dahulu penjual tersebut dan pastikan penjual tersebut sah dan boleh dipercayai. Caranya adalah dengan melihat ulasan dan membuat lagi carian mengenai syarikat tersebut untuk pastikan ianya sah.
4. Jejak semua pembelian anda. Jangan terima bungkusan atau barang yang tidak anda jangkakan penghantarannya terutamanya jika anda harus membayarnya.
5. Hubungi syarikat logistik yang berkaitan jika anda berhadapan dengan sebarang kes COD yang mencurigakan. Dalam kes kami, berikut adalah saluran rasmi untuk pelanggan menghubungi kami:
- Live Chat: https://ninjavanmy.zendesk.com/hc/en-us
- Hotline: +6011-17225600 (Waktu Operasi: 8 pagi - 8 malam, Isnin-Sabtu)
- Email: [email protected]