seismik

6 Perkara Ini Akan Buat Anda Teringat Sambutan Raya Tahun-Tahun Sebelumnya. Rindulah!

Tapi tak apa, keluarga ada di sisi pun sudah mencukupi. :)

Cover image via Hype MY

Artikel ini ditaja oleh Dutch Lady.

Persediaan sambutan Syawal tahun ini tak akan semeriah tahun-tahun sebelumnya. Mana tidaknya, orang ramai masih dalam keadaan berjaga-jaga ekoran penularan wabak Covid-19.

Image via Rojak Daily

Dulu, setiap kali tibanya musim perayaan pasti ramai yang sudah mula dengan persiapaan raya seperti membeli baju raya dan sebagainya. Namun, tahun ini Syawal akan disambut dalam keadaan sederhana dan ianya adalah demi kebaikan bersama.

Berkorbanlah sikit untuk keselamatan diri masing-masing. Betul tak?

Jom 'recap' balik momen Hari Raya pada tahun-tahun sebelum ini dan segala perbezaan yang perlu kita hadapi. Ala, sedihnya!

1. Rindu nak menunaikan sembahyang sunat Hari Raya di masjid

Gambar sekadar hiasan.

Image via Pejabat Mufti Wilayah

Sejak penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), aktiviti berkumpulan dan perhimpunan telah menjadi larangan. Sembahyang jemaah di masjid pun dihadkan bilangan ahlinya. Kemungkinan besar tahun ini sembahyang sunat Aidilfitri turut tak dapat diadakan kerana penularan wabak yang masih lagi aktif.

2. Larangan untuk mengadakan Bazaar Syawal

Gambar sekadar hiasan.

Image via Google

Kalau tahun-tahun sebelum ini, bazar Syawal merupakan tempat wajib dikunjungi setiap kali hampir tibanya musim perayaan. Di sinilah anda boleh tawar-menawar untuk dapatkan pakaian raya, tudung, kain samping dan juga kuih raya pada harga murah. Tapi tahun ini, arahan dah dikeluarkan supaya sebarang bentuk penganjuran bazar hendaklah dibatalkan.

3. Tiada 'Open house'

Gambar sekadar hiasan.

Image via Kaodim

Rumah terbuka merupakan satu kewajipan sepanjang bulan Syawal. Masa inilah nak jemput saudara-mara dan kenalan berkunjung ke rumah. Macam-macam juadah akan disediakan bagi meraikan tetamu. Ayam masak merah, rendang daging, nasi impit, lemang dan kadang-kadang kambing golek pun ada juga.

Tapi tahun ini, kalau dapat sambut raya dengan keluarga di kampung pun dah bersyukur.

4. Tahun ini masih boleh dapat pulang ke kampung untuk beraya ke?

Gambar sekadar hiasan.

Image via Astro Awani

Sebelum ini kerajaan sudah mengeluarkan arahan untuk tidak pulang ke kampung bagi meraikan Ramadan. Namun, situasi semasa wabak Covid-19 seolah-olah memberi petanda larangan ini akan diteruskan sehingga menjelangnya Syawal. Jadi kita hanya mampu bersabar je kalau tak dapat balik kampung sambut Raya.

5. Aktiviti kunjung-mengunjung perlu dihadkan

Gambar sekadar hiasan.

Image via Free Malaysia Today

Aktiviti kunjung-mengunjung sewaktu Aidilfitri sudah menjadi satu kewajipan dalam masyarakat kita. Masa inilah sesi kenal saudara-mara dan mengeratkan silaturahim. Tapi nampaknya tahun ini semua aktiviti terpaksa ditangguhkan atau dibatalkan. Malah, Menteri Hal Ehwal Agama pun dah pesan supaya mengehadkan aktiviti ziarah-menzirahi dan mengamalkan penjarakan sosial.

6. Sambutan Ramadan serta Syawal dengan bersederhana

Gambar sekadar hiasan.

Image via Rojak Daily

Wabak Covid-19 ini mengajar kita supaya bersederhana dalam melakukan sesuatu perkara. Tapi jangan pula stress tak dapat menyambut Ramadan dan Syawal dengan keluarga. Paling penting, kena jaga kesihatan diri dan yang tersayang supaya terus kuat menghadapi ujian ini.

Walaupun Syawal tahun ini akan menjadi suram, Dutch Lady ada untuk berkongsi Berkat Syawal bersama anda dan seisi keluarga :)

Memahami keadaan rakyat Malaysia yang tak begitu teruja menyambut Aidilfitri tahun ini, Dutch Lady ingin memberitahu betapa pentingnya penjagaan kesihataan pada ketika ini.

Istimewa untuk sambutan Syawal tahun ini, Dutch Lady memperkenalkan kebaikan susu dengan rasa jus buah delima yang sebenar, Juicy Milk Buah Delima. Melalui minuman ini, anda boleh menikmati kebaikan makanan sunnah dalam satu hidangan lazat.

Untuk pengetahuan anda, buah delima ada banyak kebaikan untuk kesihatan dan gabungan bersama susu Dutch Lady yang diperkaya dengan Vitamin A,C,E, kalsium, 0% lemak dan INULIN (membantu menjaga persekitaran usus yang baik) pastinya dapat membantu penjagaan kesihatan.

Sebelum ini, Dutch Lady telah pun mengeluarkan 2 produk susu dengan rasa jus buah sebenar, Juicy Milk Oren dan Juicy Milk Strawberi. Ini merupakan produk seumpamanya di pasaran yang memperkenalkan khasiat susu dan buah sebenar dalam satu hidangan.

Jom eratkan hubungan silaturahim seisi keluarga dengan hidangan Dutch Lady Juicy Milk menjelang Syawal nanti.

Sedapnya!

Untuk tahu lebih lanjut mengenai produk keluaran Dutch Lady, boleh klik sini.

Kekal berkhasiat dan kuat bersama menghadapi wabak Covid-19 dengan Dutch Lady!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!