"Kos Sara Hidup Makin Meningkat" - Ini 6 Tips Berbelanja Dengan Bijak Yang Perlu Anda Tahu
Tips nombor 3 paling penting!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Artikel ini ditaja oleh foodpanda.
Tidak dinafikan, kenaikan harga barang ketika ini membuatkan ramai dilihat mengeluh dan merungut di media sosial masing-masing
Banyak negara yang terkesan akibat inflasi termasuklah negara kita. Oleh sebab itu, harga barang keperluan di pasaran semakin meningkat.
Barang segar seperti ayam, ikan juga mengalami kenaikan harga. Bukan setakat itu, harga susu, minyak, petrol juga membebani masyarakat sekarang. Baru-baru ini, kita juga turut dikejutkan dengan kekurangan bekalan ayam yang memang merupakan punca harga ayam naik.
Perkara ini turut membebankan rakyat yang mempunyai tanggungan ramai. Jadi, di sini kami ingin kongsikan beberapa tips untuk berbelanja dengan bijak!
1. Asingkan duit yang perlu bayar komitmen bulan
Setiap orang sudah tentu mempunyai komitmen bulanan masing-masing bukan? Ada yang perlu bayar rumah, kereta, bil elektrik dan air, bil telefon, bil internet, insurans serta banyak lagi. Komitmen bulanan ini merupakan duit yang memang wajib anda akan peruntukkan.
Adalah lebih baik jika anda kira jumlah komitmen bulanan dan terus asingkan duit itu setelah anda menerima gaji. Hal ini supaya anda boleh merancang bajet bulanan anda dengan menggunakan wang selebihnya. Anda juga tidak akan terbeban apabila anda sudah selesai melangsaikan hutang bulanan anda pada hujung bulan.
2. Tetapkan simpanan kecemasan sekurang-kurangnya 10% daripada gaji bulanan
Simpanan kecemasan merupakan perkara yang paling penting. Jika anda tidak mempunyai amalan menabung, mulailah dari sekarang. Anda akan nampak sebenarnya dengan simpanan yang ada itu boleh membantu anda semasa anda sesak.
Jadi, andai kata suatu hari nanti kita ditimpa masalah, kita boleh menggunakan tabung kecemasan dan bukannya duit perbelanjaan harian. Tabung kecemasan yang paling selamat adalah sekurang-kurangnya jumlah enam bulan daripada gaji anda atau lebih.
Bonus tips, anda boleh melakukan pelbagai cara kreatif untuk menabung tau. Ada yang menggunakan sampul harian, sampul bulanan. Malah, ada juga yang memang dah tetapkan tabung tertentu dalam bank supaya senang kalau nak auto deduct. Selamat mencuba!
3. Dengan duit yang selebihnya itu, rancang perbelanjaan bulanan anda
Ramai yang tidak celik tentang kewangan skip step ini. Sebenarnya, langkah ini merupakan langkah paling penting dalam mengurus perbelanjaan dan kewangan anda dengan bijak. Barulah hujung bulan tak sesak, hehe!
Dengan duit yang selebihnya (selepas tolak komitmen dan tabung), anda perlu rancang perbelanjaan anda dengan bijak. Tetapkan peratusan untuk setiap kategori dan anda perlu menjadi sangat disiplin.
Contoh yang anda boleh gunakan:
50% - komitmen bulanan
10% - tabung kecemasan
30% - keperluan rumah (groceries, barang dapur dan lain-lain)
10% - barang kehendak (baju, pelancongan, makan luar dan lain-lain)
Anda tidak semestinya mengikut panduan ini, jika komitmen bulanan anda rendah, anda boleh tingkatkan peratusan dalam simpanan atau keperluan rumah tau. Ingat, disiplin!
4. Rancang menu masakan dan makan di rumah
Tidak dinafikan, makan di rumah ramai-ramai dengan keluarga juga boleh jimat dari segi perbelanjaan. Kadangkala, anda hanya perlu masak satu menu untuk dua kali hidangan iaitu makan tengahari dan makan malam.
Rancang menu masakan setiap minggu supaya anda dan keluarga boleh sediakan menu simple malah enak dimakan. Makan di rumah kadangkala tak perlu fancy, asal kenyang sudah! Kalau lapar, tak perlu risau ada saja barang di dapur boleh dibuat makan contoh jemput-jemput pisang dan macam-macam lagi!
5. Jika berbelanja, pilih kualiti daripada jenama
Tak salah kalau nak reward diri sekali-sekala setelah penat bertungkus-lumus mencari rezeki kan? Tapi anda kena ingat, tidak semua barang berjenama mempunyai kualiti yang bagus. Anda perlu bijak membeli kerana sudah tentu anda tidak akan membeli sesuatu barang buat kali kedua bukan?
Sebagai contoh, jika anda beli baju sudah tentu anda akan melihat kualiti dan ketahanan baju itu. Jika ia mempunyai kualiti rendah, senang rosak dan tidak tahan lama, lebih baik anda simpan duit anda. Betul tak?
6. Beli barangan secara dalam talian
Banyak platform yang menawarkan pembelian secara dalam talian sekarang bukan? Banyak tau kelebihan pembelian secara dalam talian ini. Bukan setakat mudah dan jimat masa, mereka juga mempunyai pelbagai pilihan. Yang penting murah!
Anda juga perlu melihat review sebelum membeli sesuatu barangan. Tambahan lagi, beli barang dalam talian ini selalunya boleh collect poin dan tebus. Macam-macam diskaun ditawarkan juga tau!
Lebih jimat lagi dengan adanya pandapro!
foodpanda hadir membantu semua dalam pakej langganan pandapro bagi membantu rakyat Malaysia menikmati lebih penjimatan dalam perbelanjaan harian, tidak kira anda memesan penghantaran, membeli barangan runcit atau menjamu selera di restoran kegemaran mereka.
Anda akan menikmati manfaat berikut dengan melanggan pandapro:
12 kali penghantaran percuma
Diskaun 20% di 20,000 restoran terpilih
Baucar diskaun 20% di pandamart
Potongan sehingga 25% untuk ‘dine-in’
Tak cukup lagi? Nikmati pelbagai tawaran menarik daripada foodpanda!
Kalau anda nak lebih penjimatan setiap hari, pastikan memuat turun aplikasi foodpanda dan langgan pakej pandapro tau. Dengan pandapro, anda boleh menikmati pelbagai tawaran menarik seperti:
Servis penghantaran percuma sebanyak 12 kali (minimun pembelian sebanyak RM25)
Diskaun 20% di lebih 20,000 restoran terpilih.
Baucar diskaun 20% untuk pandamart.
Diskaun sehingga 25% jika anda makan di restoran (dine-in).
Tunggu apa lagi? Jom daftar mana-mana pelan pandapro untuk nikmati lebih tawaran menarik. Barulah jimat dan berbaloi!
Pelan yang ditawarkan pandapro:
Satu (1) bulan @ RM8.9, jimat sehingga 70%
Enam (6) bulan @ RM6.9/bulan, jimat sehingga 77%
- 12 bulan @ RM4.9/bulan, jimat sehingga 84%
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!