seismik

7 Kawasan Di Selangor & KL Bakal Alami Gangguan Bekalan Air Bermula 5 Jun Ini

Gangguan bekalan air dijangka berakhir pada 7 Jun.

Cover image via Ringgit Plus & The Edge Malaysia

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Air Selangor mengumumkan pelaksaanan kerja-kerja penyenggaraan dan penggantian aset di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1) di Kuala Lumpur, Gombak, Hulu Selangor, Klang, Kuala Selangor, Petaling dan Shah Alam bermula 5 Jun ini.

Menurut kenyataan rasmi yang dimuat naik di laman Facebook Air Selangor, memaklumkan gangguan bekalan air itu akan bermula jam 9 pagi hingga 7 malam pada 5 Jun.

Difahamkan, pengguna dijangka menerima bekalan air secara berperingkat bermula pada jam 3 pagi, 6 Jun selepas kerja-kerja berkenaan siap dan seterusnya apabila sistem agihan utama bekalan air distabilkan.

Menurut kenyataan itu juga, tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan di kawasan yang terjejas berbeza dan bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna serta tekanan pada sistem agihan bekalan air.

Image via Malay Mail

Air Selangor akan menggerakkan lori tangki air ke kawasan yang terjejas dengan memberikan keutamaan kepada premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian

"Peratusan pemulihan bekalan air di kawasan yang terjejas dijangka mencapai sekitar 20 peratus pada jam 3 petang, 6 Jun diikuti dengan 90 peratus pada jam 3 pagi, 7 Jun. Waktu pemulihan penuh bagi kawasan yang terbabit adalah dijangka pada jam 12 tengah hari, 7 Jun.

"Justeru, Air Selangor ingin menasihatkan pelanggan yang terjejas untuk menyimpan bekalan air secukupnya dan menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan bekalan air berjadual ini," katanya.

Bagi pelanggan komersial pula, bekalan air terawat boleh dibeli di mana-mana kaunter khidmat pelanggan Air Selangor di wilayah yang terjejas. Mereka boleh menggunakan lori tangki air masing-masing di empat stesen pengisian air yang akan dibuka di Braemar Estet (Wilayah Hulu Langat), Taman Gemilang Dengkil dan Pekan Salak (Wilayah Sepang), serta Taman Banting Baru (Wilayah Kuala Langat).

Pengguna juga boleh mendapatkan maklumat dari saluran komunikasi rasmi alternatif seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan X atau hubungi Air Selangor di talian 15300 atau layari https://www.airselangor.com/ 

Lihat kenyataan penuh di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: