seismik

6 Kucing Selebriti Malaysia Yang Boleh Buat Pencinta Kucing Cair. Awhh

Selebriti pun ada kawan baik tau.

Cover image via postimg.org

Buat pengetahuan anda, terdapat banyak kebaikan membela kucing sebagai haiwan peliharaan

Satu kajian oleh universiti Columbia mendapati aktiviti bersama haiwan kesayangan anda terutama kucing dapat meningkatkan hormon serotonin dalam badan anda.
Hormon serotonin berfungsi untuk mengawal mood, mengurangkan emosi negatif dan membuatkan seseorang menjadi lebih bahagia.

Maka, tidak hairanlah bagi selebriti tempatan yang perlukan peneman selepas penat bekerja. 

Image via GIPHY

Ini merupakan kucing-kucing peliharaan selebriti tanah air yang super comel!

1. Bujibu Chempel

Image via Bujibu/Twitter

Antara kucing yang paling famous di media sosial, Bujibu dimiliki oleh pasangan selebriti Hanis Zalikha dan Hairul Azreen.

Bujibu mempunyai account Instagram miliknya sendiri. Boleh lah tengok gelagat dia setiap hari!

Instagram: @BujibuChempel

2. YY dan Uriah

YY dan Uriah merupakan kucing kesayang model tersohor, Alicia Amin. YY merupakan seekor kucing yang mempunyai heterochromia dimana matanya berlainan warna. Sangat comel!

Uriah pula merupakan seekor kucing berbaka Maine Coon yang sangat manja

Boleh lihat gelagat mereka di laman Instagram mereka!

Instagram: @hangriiicats

3. Robin, Hood, Arrow dan Bijik

Ketiga-tiga ekor kucing ini merupakan kawan baik Instafamous, Faizdickie. Bila ada tuan seperti Faizdickie memang semua caption di laman Instagramnya sangat mencuit hati!

4. Tempe

Walaupun Nazim Othman jarang post gambar kucingnya ini, tapi sekali beliau kongsi memang buat semua pencinta kucing bahagia!

5. Beshetik

Beshetik merupakan kucing kesayangan pelakon terkenal Zara Zya. Tengok gambar pun memang geram sangat! Sangat gebu dan comel! Zara juga ada membuat Instagram untuk haiwan kesayangannya itu.

Instagram: @Beshetik

6. Pandarudin

Aktres terkenal tanah air Yana Samsuddin juga mempunyai Si Comel yang diberi nama Pandarudin. Memang sangat cute, dia pun ada akaun Instagram! Bolehlah tengok gelagatnya selalu!

Instagram: @Pandarudin

Memang semua comel lah! Siapa lagi yang suka kucing?

Image via GIPHY

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

PM kita pun ada kucing comel tau!

Sayu betul baca cerita kucing ini dan tuannya:

You may be interested in: