Ini 7 Sunscreen Untuk Kulit Anda Yang Sesuai Dengan Cuaca Di Malaysia. Wajib Pakai!
Nak muka flawless? Jangan tinggal sunscreen!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Cuaca di Malaysia yang panas tidak dinafikan akan merosakkan kulit jika tidak dijaga dengan baik
Oleh sebab itu, kita perlu mengamalkan penjagaan kulit yang lengkap supaya dapat mengelakkan kulit daripada rosak.
Bahayanya sinaran UV adalah ia akan membuatkan kulit kita terbakar kemerahan, hiperpigmentasi, tona tak sekata, kulit kusam dan penuaan pra-matang.
Tipsnya, anda perlu memakai sunscreen yang mengandungi SPF 35 dan PA ++++ untuk perlindungan yang lebih baik.
So ladies, jangan lupa untuk kekalkan pakai sunscreen dalam penjagaan kulit anda!
1. Biore UV Protect Perfect Milik
Siapa yang mempunyai kulit kering atau kulit berminyak, anda boleh cuba guna sunscreen ini. Jika anda jenis yang makeup sebelum keluar, sunscreen ini juga sangat sesuai dan tidak menghasilkan white cast.
Harga pun murah guys! Terdapat dua jenis variasi, satu yang biasa dan satu yang cool. Kedua-duanya best, yang cool akan membuatkan wajah anda berangin. Anda boleh dapatkan produk ini di drugstore terdekat.
2. Biore UV Aqua Rich Watery Essence
Yang bestnya, sunscreen ini memang rasa lightweight. Sesuai untuk sesiapa yang mempunyai kulit kering. Sunscreen ini mengandungi SPF 50 dan PA++++.
Sunscreen yang mengandungi watery essence ini akan memberikan muka kelembapan sepanjang hari. Anda boleh dapatkan produk ini di drugstore terdekat.
3. Loreal UV Perfect Matte & Fresh SPF 50
Sunscreen ini sesuai untuk orang yang mempunyai kulit berminyak. Biasanya, orang yang mempunyai kulit berminyak malas nak pakai sunscreen disebabkan kandungai sunscreen.
Sebab itu, mereka perlu untuk mencari sunscreen yang mempunyai matte-finishing. Cubalah sunscreen dari Loreal ini! Anda boleh dapatkan produk ini di drugstore terdekat.
4. COSRX Aloe Soothing Sun Cream SPF 50+
Jenama Corsx sudah tidak asing lagi di Malaysia. Ramai yang sukakan jenama Korea ini kerana keberkesanannya. Sunscreen daripada mereka juga mendapat banyak review dan feedback yang bagus.
Sunscreen ini sesuai untuk orang yang berkulit kering tapi tidak sensitif. Tunggu apa lagi guys? Jom cuba tapi jangan lupa buat patch test dulu! Anda boleh dapatkan produk ini di drugstore terdekat.
5. Axis-Y Complete No Stress Physical Sunscreen SPF50+
Sunscreen ini memang sesuai untuk siapa yang inginkan glowy natural look. Semua jenis kulit sama ada kering ataupun berminyak sesuai kalau nak pakai sunscreen ini. Harganya juga tidak terlalu mahal dan ia tahan selama 2 bulan lebih.
Jika berminat, boleh dapatkan di Shopee juga. Senang kan?
6. Supergoop Unseen Sunscreen
Sunscreen daripada Supergoop memang mahal harganya berbading sunscreen yang lain. Tetapi produk ini memang terbukti keberkesanannya untuk melindungi kulit daripada terkena sinaran UV.
Kepada yang suka merias wajah juga, anda disarankan untuk menggunakan produk ini kerana ia bersifat lightweight dan cepat absorb di muka. Yang paling penting, tak sticky langsung! Anda boleh dapatkan produk ini di Sephora.
7. 3W Clinic Intensive UV Sunblock Cream
Produk ini merupakan sunscreen yang sangat affordable harganya dan tidak menghasilkan white cast. Sunscreen ini bertekstur krim namun tidak meninggalkan sebarang kesan berminyak di muka. Anda boleh dapatkan produk ini di Shopee.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!