seismik

8,000 Outlet Starbucks Di USA Bakal Ditutup Atas Isu Diskriminasi Orang Kulit Hitam

Masalah perkauman dikatakan telah berlaku di salah sebuah outlet Starbucks di negara tersebut.

Cover image via sovremennik.mk.ua

Starbucks Corporation adalah sebuah syarikat rangkaian kopi di Amerika Syarikat yang telah diasaskan di Seattle, Washington pada tahun 1971

Image via The Drum

Pada tahun 2017, syarikat ini mula mengendalikan lebih 27,339 lokasi di seluruh dunia.

Terbaru, menurut laporan yang telah dikeluarkan oleh The New York Times, Starbucks Amerika Syarikat telah mengisytiharkan bahawa mereka bakal menutup lebih 8,000 cawangan di negara tersebut atas kes perkauman yang telah berlaku baru-baru ini.

Kenyatta Johnson iaitu ahli majlis bandar raya Philadelphia, di luar kedai Starbucks di mana dua orang lelaki kulit hitam ditangkap minggu lepas.

Image via The New York Times

Insiden perkauman ini telah terjadi apabila difahamkan terdapat 2 orang pemuda berkulit hitam berada di salah satu cawangan Starbucks selama dua jam tanpa memesan sebarang menu

Kejadian menjadi lebih keruh apabila dua pemuda tersebut ingin menggunakan tandas di Starbucks berkenaan namun permintaan mereka ditolak oleh staff yang bertugas.

Bukan itu sahaja, mereka berdua juga telah dihalau untuk keluar serta-merta daripada premis tersebut. Staff yang bertugas juga telah menelefon pihak polis untuk meleraikan insiden yang berlaku pada ketika itu.

Insiden ini juga telah dirakam dan menerima lebih 10 juta tontonan di media sosial

Walaupun insiden salah faham ini berlaku disebabkan etika kedua-dua belah pihak, netizen telah menyalahkan staff Starbucks yang bertugas kerana mereka membuat keputusan untuk menghalau kedua-dua lelaki tersebut. Perkara ini juga telah menimbulkan masalah perkauman hanya kerana kedua-dua pemuda tersebut berkulit hitam.

Beberapa ahli politik di Amerika Syarikat juga dikatakan turut tampil mengulas isu tersebut.

Gambar sekadar hiasan

Image via Alpiq

Masyarakat juga dikatakan telah memulakan kempen #BoycottStarbucks sejurus insiden ini berlaku

Gambar sekadar hiasan

Image via Alternet

Selain itu, sebagai usaha untuk meredakan isu ini daripada berpanjangan, pihak Starbucks juga telah memohon maaf atas perkara yang berlaku dan membuat keputusan untuk menutup 8,000 rangkaian Starbucks di negara tersebut selama satu hari pada 29 Mei 2018 akan datang.

Semua staff Starbucks akan diberikan kursus pada hari tersebut di mana mereka akan diajar tentang cara layanan pelanggan dengan lebih baik untuk mengelakkan insiden seperti ini berulang lagi.

Keputusan ini telah dibuat oleh CEO Starbucks sendiri iaitu Kevin Johnson demi meningkatkan kepercayaan untuk semua pelanggan setia Starbucks tentang produk dan servis mereka.

Pelayan yang mencetuskan masalah perkauman tersebut difahamkan telah dibuang serta-merta oleh pihak Starbucks cawangan itu

Tonton klip penuh mengenai insiden tersebut di bawah:

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Selain itu, ada pula kes Azan digunakan sebagai pembuka sebuah acara di Australia:

Hati-hati bila bercuti di luar negara guys! Macam-macam benda pelik boleh terjadi.