seismik

Ini Dia 8 Aktiviti Di Jogja Bawah RM600 Termasuk Hiking Gunung Merapi 2H1M. Murah!

Semua pun best!

Cover image via TSG #KasiJadi

Candi Borobudur.

Image via TSG #KasiJadi

Apa yang kami perasan, our malay communities di Malaysia sekarang ni sibuk cakap pasal Jogjakarta atau nama lainnya Yogyakarta. Boleh kata, lokasi ni memang tengah hot dan menjadi tumpuan ramai, lebih-lebih lagi selepas tayangan filem 'Ada Apa Dengan Cinta 2' tahun lepas.

Serious talk, kalau tanya kawan-kawan atau kenalan-kenalan mahupun skandal-skandal nak melancong ke mana, Jogjakarta mesti menjadi salah satu destinasi pilihan. Kalau sebelum ni kita asyik dengar Bali je. Sekarang ni taste orang Malaysia dah up dan rare sikit.

Tak dinafikan, Jogjakarta memang full of wonders. Daripada candi khazanah dunia, lautan permai, sehinggalah ke gunung-ganang, Jogja ada semuanya!

Pantai Timang.

Image via TSG #KasiJadi

Bukan tu je, ada macam-macam lagi lah, tak terkira dengan jari tangan dan kaki sebab banyak sangat tempat-tempat yang best.

Kalau setakat nak pergi Jogja untuk 3 hari je, lebih baik lupakan niat tu. Membazir dan rugi je rasa. Sebab kat Jogja ni ada macam-macam benda untuk diterokai. Kenalah stay seminggu kat sana dan pusing puas-puas. Baru berbaloi!

Tapi, 7 hari pun belum tentu cukup kot. Haha.

Lagi satu, ramai orang suka kat Jogja ni sebab murah. Murah sangat!

Bayangkan, ada orang pernah buat trip ke Jogja untuk 4 hari 3 malam tak sampai RM450 siap flight. Macam tak logik kan? Tapi masa tu dia beli flight AirAsia RM68 je pergi balik sebab ada promotion kaw-kaw.

Korang boleh tengok sendiri Facebook Izyan Afiqah dan baca segala itinerari yang dia dah senaraikan. Kami sendiri terkejut!

Gondola di Pantai Timang.

Image via Izyan Afiqah

Selalunya bajet akan melebihi RM500 kalau flight mahal. But that's not the point. The point is, Jogja ni memang legit murah, dari segi penginapan, makan minum, jalan-jalan, pas masuk ke sana sini, semuanya bersesuaian dengan bajet ciput seorang backpacker kedekut macam kami.

Nak tahu betapa murahnya Jogja, kami rasa terpanggil untuk senaraikan 8 aktiviti yang korang boleh buat di sana dengan bajet tak sampai RM600!

Gunung Merapi.

Image via TSG #KasiJadi

Lepas tengok post dari saudari Izyan Afiqah tu, kami dari TSG #KasiJadi terus ligat membuat extensive research dari pagi sampai ke malam 7 hari 7 malam tentang Jogjakarta sebab kami nak tahu sendiri sejauh mana tahap "kemurahan" destinasi popular itu.

Dan akhirnya, kami dapat jugak hasilkan itinerari 8 aktiviti yang hanya memakan duit tak sampai RM600 selama 7 hari 6 malam. Jom usha kat bawah:

1. Paragliding di Pantai Parangtritis (dibuka pada Disember-April sahaja)

Kos paragliding: Rp. 500,000 satu kepala

Rasa macam nak menangis tengok harga sebab murah sangat. Serius murah! Korang akan take off dari atas cliff di Pantai Parangtritis overlooking the ocean, pastu terbang selama lebih kurang 15 minit sambil dapat view laut dan bukit yang sangat awesome pawesome! Lepas tu landing kat kawasan pantai. Seronok!

Dalam Ringgit = RM162

2. Catching the heaven's light di Jomblang Cave

Image via Yogya Bacpacker

Kos masuk Jomblang Cave: Rp. 450,000 satu kepala

Kos termasuk:
- Makan tengahari
- equipments and guiders

Nak masuk gua ni kena pakai safety equipments untuk turun ke bawah sedalam 80 meter ala-ala abseiling. Kalau kena dengan masa (dari 10 pagi hingga 2 petang), korang boleh tengok sun rays yang memukau sedang memancar dan bersinar ke dalam gua melalui bukaan kecil dari atas. Memang tak ada kat tempat lain dan sangat rare!

Dalam Ringgit = RM146

A post shared by Theora ♡ (@theora_) on

3. Kalisuci Cave Tubing

Image via Wisata Kita

Kos ekspedisi Kalisuci Cave Tubing: Rp. 70,000 satu kepala (kena 5 orang dan ke atas)

Kos termasuk:
- Cave tubing adventure selama hampir 2 jam
- Hidangan mee dan teh panas selepas aktiviti

Kat Jogja ni ada dua cave tubing yang korang boleh try sebenarnya; satu kat Goa Pindul satu lagi kat Kalisuci. Tapi orang kata Kalisuci ni lagi extreme dan mencabar sebab air deras dan padu. So, kami pun nak recommend yang ini jugaklah.

Dalam Ringgit = RM23

Image via tempat.co.id

4. Kalibiru National Park

Image via TSG #KasiJadi

Pas masuk ke Kalibiru National Park: Rp. 5,000 satu kepala

Kat sini, udara sangat segar, sejuk dan tenang, memang sesuai untuk relax dan dekatkan diri dengan alam jauh dari hiruk pikuk kota Jogjakarta. Tak payah banyak cerita, view kat sini memang terbaik!

Dalam Ringgit = RM1.60

5. Sandboarding di Gumuk Pasir Parangkusumo

Kos sandboarding: Dari Rp. 50,000 ke Rp. 150,000 satu kepala

Nak cuba aktiviti luncur pasir atau sandboarding? Tak payah nak pergi ke Australia atau South Africa dah, kat Jogja pun ada! Korang je yang tak tahu. Hihi.

Dalam Ringgit = Dari RM16 ke RM49

Image via Go Indonesia

6. Ber-posing dalam air tawar di kolam Umbul Ponggok

Pas masuk: Rp. 5,000 satu kepala
Kos snorkeling: Rp. 10,000 satu kepala

Sekali pandang, ingatkan macam swimming pool biasa. Tapi korang akan terkejut bila tengok apa yang ada kat dalam air. Korang pernah tak tengok dalam kolam ada khemah, ada tv, ada basikal, ada vespa, ada kereta, dan ada macam-macam lagi props untuk korang bergambar yang turut dipenuhi dengan ikan-ikan warna-warni berenang riang. Yang ini memang lain dari yang lain. Brilliant sungguh idea!

Dalam Ringgit = RM5

A post shared by Bismillah (@rudyeka) on

7. Naik gondola di Pantai Timang

Kos naik gondola: Rp. 200,000 satu kepala

Not for the faint hearted. I repeat, not for the faint hearted! Tengok gambar dah rasa scary apatah lagi bila naik gondola ni. Bayangkan tali kabel yang menggantung gondola ni seperti 'hidup segan mati tak mahu' dan segalanya dipasang, diikat, dibelit secara DIY dengan menggunakan tangan sahaja oleh orang lokal di sana. Pehh!

Kalau kena pukul ombak masa tengah cross tu, nasib kau lah. :P

Dalam Ringgit = RM65

A post shared by エリー (@erynik) on

8. Hiking gunung berapi paling aktif di Indonesia, Gunung Merapi untuk 2 hari 1 malam

Kos mendaki Gunung Merapi: Rp. 450,000 satu kepala

Kos termasuk:
- Pengangkutan dari hotel
- Bayaran permit Taman Negara dan derma penanaman semula hutan untuk Gunung Merapi
- Guider
- Minuman kopi atau teh sebelum mendaki
- Air mineral 600 ml
- Sarapan (pancake/nasi goreng/etc)

Korang akan diangkut dari hotel masing-masing pada pukul 10 malam dan mula mendaki dari Kampung Selo (1500 meter dari aras laut) lebih kurang pukul 12 malam atau 1 pagi. Jarak Kampung Selo ke puncak Gunung Merapi adalah 8 kilometer dan biasanya mengambil masa lebih kurang 4 hingga 5 jam. Lepas dah hike, balik semula ke Jogjakarta pada pukul 1 petang.

Dalam Ringgit = RM146

So, total cost daripada 8 aktiviti ni lepas kami tambah akan jadi RM598 sahaja. Tak sampai RM600!

Tapi of course, ini hanya harga untuk beraktiviti sahaja ya. Kos sememangnya tak termasuk flight, hotel, makan, supir, shopping, jalan-jalan, dan lain-lain, tertakluk kepada perbelanjaan korang. Lagi banyak belanja, lagi besarlah bajetnya.

Kebun Buah Mangonan di Wonosari.

Image via TSG #KasiJadi

Lepas tu, kat Jogja ni ada macam-macam benda lagi nak kena explore. Ini belum masuk pergi waterfall magik, pergi kawasan Dieng yang sangat cantik, pergi hutan pinus, pergi candi-candi macam Borobudur dan Prambanan, pergi naik Gunung Merbabu atau Gunung Sindoro, dan macam-macam lagi. Jogjakarta serius banyak gilaaaaa benda korang boleh buat.

Hutan Pinus.

Image via Instagram @tyudistira

Dan berdasarkan research yang kami buat ni, jumlah hari yang diperlukan untuk complete-kan kesemua 8 aktiviti adalah selama 7 hari 6 malam.

Ini peta Jogja.

Image via TSG #KasiJadi

Kalau tengok peta kat atas ni, kami dah tandakan kesemua 8 spot tersebut, siap ada lebih lagi. Lokasi dari satu tempat ke satu tempat lain memang kebanyakannya jauh-jauh belaka. Tapi ada jugak yang dekat macam paragliding di Parangtritis dan Gumuk Pasir Parangkusumo, serta Kalisuci dan Jomblang Cave.

Umbul Ponggok dan Gunung Merapi pun tak jauh sangat. Yang 'special region of Yogyakarta' kat tengah tu lah terletaknya pekan Malioboro yang happening!

Korang boleh jadikan jadual itinerari kami kat bawah ni sebagai reference bila nak pergi ke Jogja nanti:

Day 1 - Sampai dah malam & tidur
Day 2 - Jomblang Cave & Kalisuci water tubing
Day 3 - Umbul Ponggok & mula mendaki Gunung Merapi
Day 4 - Pendakian Gunung Merapi tamat
Day 5 - Timang Beach & Pantai Nglambor
Day 6 - Paragliding & sandboarding
Day 7 - Kalibiru National Park & balik (tu pun kalau sempat)


Rasanya, ini je kot buat masa sekarang. Okay, have fun ber-explore di Jogjakarta bersama teman-teman kalian! :D

Psstt...jangan lupa ajak kami ya. ;)

Follow kami di Instagram @tsgkasijadi untuk lebih banyak adventure dan gambar-gambar yang WOW!

TSG #KasiJadi adalah sekumpulan sahabat yang tak henti-henti berkeliaran. Mana kami mahu pergi, kami kasi jadi!

A post shared by TSG #KasiJadi (@tsgkasijadi) on

Dah nama pun travel, buat apa nak bawak beg besar-besar berat-berat:

You may be interested in: