seismik

"Abang Tolong Bagi Duit Ni Untuk Masjid" - Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Disapa Warga Asing

Subhanallah! Indahnya amalan lelaki bangla ini bersedekah.

Cover image via Google

Amalan bersedekah sangat berkait rapat dengan iman seorang Muslim. Ia juga sebagai bukti ketaatan kita kepada Allah.

Amalan sedekah juga tidak terhad kepada orang berharta, sebaliknya orang Islam yang tidak memiliki harta pun boleh bersedekah berdasarkan kemampuannya, asalkan lahir daripada hati yang ikhlas.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Majalah Labur

Erti sedekah dalam Islam itu juga sangat luas sekali. Sedekah bukan sahaja dalam bentuk kebendaan, tetapi boleh dilakukan dengan pertolongan, mengajarkan ilmu, senyuman, memberi nafkah, berzikir dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, menerusi laman Facebook baru-baru ini, seorang lelaki telah menceritakan bagaimana dia 'ditahan' oleh warga asing ketika mengunjungi sebuah kedai perkakasan

Ikuti perkongsian lelaki ini yang bernama Abu Dzar Omar di bawah:

Menurutnya, dia pergi ke Mr DIY untuk membeli barangan, sampai di pintu masuk kebiasaannya suhu akan diperiksa, nama dan nombor telefon juga perlu ditulis.

Namun, selepas dia selesai menulis maklumat tentang dirinya, tiba-tiba dia di tahan masuk oleh seorang lelaki bangla yang menjaga pintu hadapan kedai itu.

Menurut Abu Dzar, dia sudah bersedia nak lepaskan tumbukan kepada lelaki bangla itu, namun dia melupakan hasrat itu selepas warga asing tersebut mula bertanya soalan 'pelik' kepadanya

Saya pun pandang senget kat muka dia, dan standby untuk lepaskan tumbukan padu lagi berbisa. hehe.

Saya cakap dalam hati ( boleh tahan dia ni tahan aku).

Gambar sekadar hiasan.

Image via Google

Dia tanya saya U student? Sebab saya pakai jubah dan berbadan kecil sahaja.

Saya tercengang sekejap dengan soalan nya.

Lepas tu dia tanya lagi U Teacher ?

Saya cakap dalam hati, dia nak apa sebenarnya ni.

Dia tanya lagi, U orang masjid?

Dalam fikiran saya kata mungkin dia nak bagi diskaun kot. Adoii.

Saya pun angguk kepala.

Jelas Abu Dzar lagi, dia mula berasa hairan dengan lelaki bangla itu kerana mula menghulurkan 'duit' dan meminta tolong kepadanya

Lepas tu dia buka dompet dan bagi saya duit rm5.

Lagi tambah aku pelik.

Abang tolong masukkan duit ni dalam tabung masjid..

Terus saya menangis.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Astro Awani

Kemudian dia bagi saya rm3.

Abang tolong bagi rm3 ni pada student ye.

Lagi berkecai hati saya. Seolah aku yang kena tumbuk.

Lepas tu saya masuk kedai beli barang, bayar dan balik.

Allah hantar lelaki bangla untuk beri 'ingatan' kepada dirinya supaya tidak suka menangguh untuk bersedekah dan sayang kepada harta benda

Dalam perjalanan, puas fikir kenapa dia tak bagi sendiri?

Kenapa dia tak sedekah sendiri?

Ooohhh. Baru saya faham.

Masjid-masjid tidak dibenarkan warga asing untuk solat berjemaah dan solat jumaat. Hanya warga tempatan sahaja.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Astro Gempak

Masya Allah.

Begitu semangat dan tergambar pada wajahnya MERINDUI untuk SEDEKAH dirumah Allah dan para penuntut ilmu.

Walau sedikit.

Tak boleh menyampaikan sedekah, namun berusaha untuk mencari jalan supaya hartanya sampai kerumah Allah dan penuntut ilmu.

Aku menjadi saksi dengan kebaikanmu dimuka bumi.

Allah Allah. Sungguh kejadian ini bukan satu kebetulan.

Semua telah disusun dan dirancang oleh Allah untuk memberi pengajaran pada kita yang suka menangguh untuk bersedekah dan sayang pada harta.

Terima kasih Ya ALLAH kerana mendidik ku untuk bersedekah melalui hamba-Mu yang mulia hatinya.

“Sesungguhnya sedekahnya orang muslim itu dapat menambah umurnya, dapat mencegah kematian yang buruk, Allah akan menghilangkan darinya sifat sombong, kefakiran dan sifat bangga pada diri sendiri.”
Hadis Riwayat Thabrani

Semoga perkongsian ini menjadi iktibar dan teladan buat kita semua.

Sesungguhnya sangat besar ganjaran yang Allah berikan kepada hambaNya yang suka bersedekah.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi perkongsian menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: