Adakah Tabiat Sahur Anda Sama Dengan Orang Lain? Ini Jawapan Rakyat Malaysia Sendiri!
Rata-rata semua rajin bersahur tapi...
Dengan kerjasama Redoxon, kami telah melakukan poll untuk mengetahui tabiat sahur dalam kalangan rakyat Malaysia.
Berikut di bawah merupakan antara jawapan mereka sendiri:
1. Kebanyakan rakyat Malaysia sahur setiap hari
Sebanyak 70.5% daripada keseluruhan orang yang menjawab mengatakan bahawa mereka mengamalkan sahur setiap pagi. Tahniah rakyat Malaysia!
Tahukah anda, sistem imunisasi anda akan terganggu jika tidak mengamalkan sahur. Dengan bersahur, anda dapat mengekalkan kadar metabolisme dan yang paling penting perut anda tidaklah berbunyi sepanjang hari.
2. Rata-rata rakyat Malaysia bangun sejam awal untuk sahur
Seramai 79% orang yang bangun sejam awal sebelum imsak untuk sahur. Power lah. Mesti mereka ini rajin sediakan makanan yang sedap kan? Terdapat sebanyak 14% orang yang bersahur 10 minit sebelum imsak. Ingat, jangan makan laju-laju, nanti perut anda senang kembung dan masuk angin.
Sesetengah orang memang liat untuk bangun sahur. Antara tips yang boleh diamalkan adalah dengan tidur lebih awal supaya badan anda cukup rehat untuk bersahur dengan keadaan segar. Jangan lupa untuk kunci jam dan elakkan makan makanan yang berat sebelum tidur tau.
3. Apa kata rakyat Malaysia tentang pengambilan suplemen pula?
Rata-rata rakyat Malaysia iaitu sebanyak 66% tidak mengamalkan pemakanan suplemen ketika bulan Ramadan. Namun begitu, ada yang mempunyai kesedaran tinggi iaitu hampir 34% yang mengambil suplemen dalam bulan puasa. Good job!
Kalau anda nak tahu, pengambilan mikronutrien akan berkurangan ketika kita berpuasa. Pengambilan mikronutrien yang tidak mencukupi dalam badan akan melemahkan imuniti. Oleh sebab itu, rakyat Malaysia disarankan untuk mengambil suplemen ketika berpuasa supaya dapat mikronutrien yang secukupnya. Barulah sihat!
4. Sebanyak 60% orang yang tidur kurang daripada 8 jam sehari. Oh no!
Hmm, susah ni nak kekal aktif sepanjang hari untuk melakukan komitmen harian anda kalau kurang tidur. Namun begitu, terdapat juga seramai 25% orang yang tidur cukup 8 jam. Manakala 8% orang lagi tidur lebih 8 jam. Fuyoo!
Tidur yang tidak mencukupi boleh melemahkan sistem imun. Kajian menunjukkan bahawa orang yang tidak cukup tidur dan tidur tidak berkualiti ini mudah terdedah kepada virus yang akan mengakibatkan jatuh sakit. Kurang tidur juga akan menyebabkan kadar pulih anda lebih perlahan apabila sakit.
5. Sebanyak 52% rakyat Malaysia jatuh sakit kadang kala
Jatuh sakit merupakan perkara yang paling tidak diingini lebih-lebih lagi banyak komitmen yang perlu kita kerjakan. Seramai 52% iaitu majoriti orang yang jatuh sakit kadang kala. Namun begitu, sebanyak 41% rakyat Malaysia yang menyatakan bahawa mereka sentiasa sihat. Manakala 7% orang yang sering sakit.
Perubahan rutin dan gaya hidup ketika berpuasa ini sedikit sebanyak mempengaruhi imuniti badan kita. Sebagai contoh, tidak cukup tidur, bangun terlalu awal atau pergi ke tempat sesak boleh melemahkan sistem kekebalan tubuh sehinggakan mudah jatuh sakit. Oleh itu, penting untuk kita amalkan tabiat sihat seperti pengambilan makanan seimbang dan kekal aktif supaya dapat meningkatkan daya tahan tubuh.
6. Apa yang membanggakan adalah seramai 64% rakyat Malaysia tidak pernah terpaksa berbuka puasa lebih awal kerana tidak tahan
Tahniah rakyat Malaysia! Tetapi sebanyak 19% yang pernah terpaksa berbuka puasa kerana seperti hendak pengsan. Manakala 17% yang menyatakan bahawa kadang-kadang saja berbuka puasa awal.
Kekalkan imuniti anda dengan mengambil Redoxon setiap hari ketika bersahur supaya anda kekal sihat sepanjang bulan puasa
Dengan pengambilan Redoxon yang kaya dengan 1000 mg Vitamin C dan Zink, pasti ibadah puasa anda dapat dilaksanakan dengan sempurna. Tambahan lagi, Redoxon merupakan pilihan rakyat Malaysia dan dianugerahkan penghargaan Putra Brand Awards.
Nikmati promosi sehingga 40% dengan pembelian Redoxon Ramadan Pack!
Apa yang menarik, setiap pek mengandungi:
- Redoxon Double Action Orange Effervescent tablet 45s
- Redoxon Double Actions kids chewable 60s
- Percuma botol jenama Tupperware bernilai RM19.90
- Sticker 30 hari untuk mengajar kanak-kanak tips berpuasa dengan sihat
Tunggu apa lagi? Jom dapatkan segera untuk yang tersayang sebagai hadiah Ramadan di Bayer Official Store melalui Shopee. Kekalkan imuniti sihat bersama Redoxon!