Ahli Psikologi Ini Kongsi Padah Menghidap Penyakit 'Hoarding Disorder'
Jangan sampai parah!
Anda pernah dengar penyakit jenis Hoarding Disorder? Secara ringkasnya merupakan satu penyakit yang suka menyimpan barang yang sudah lama tidak terpakai.
Perkara ini memang nampak seperti biasa dan normal. Maklumlah, siapa yang tak sayang barang. Namun, ianya menjadi 'kronik' apabila barangan yang disimpan semakin banyak dan tidak dipakai langsung malah boleh dikategorikan sebagai 'sampah'.
Sehinggakan tidak ada ruangan untuk berjalan di dalam rumah kerana terlalu sayang untuk mengurangkan barangan yang sudah lama tidak dipakai dan juga telah rosak.
Ramai yang tidak tahu, perkara ini merupakan satu penyakit yang dipanggil Hoarding Disorder iaitu penyakit sayang untuk buang barangan lama. Jika anda ingin mengetahui lebih, baca perkongsian seorang lelaki iaitu Aiman di laman Twitter mengenai penyakit ini:
Ianya merupakan kecelaruan mental seseorang apabila tidak dapat membuang barang. Menurut Aiman, mungkin nampak simple namun sebenarnya agak parah jika tidak dirawat.
Seseorang yang memiliki penyakit ini akan berasa susah untuk membuang barang walaupun ianya sudah tidak ada nilai sama sekali
Ini merupakan antara 3 karakter yang ada pada individu yang menghidap penyakit ini:
Menurut Aiman juga, penyakit ini juga ada kaitan dengan pepatah Melayu iaitu, "Membazir amalan syaitan."
Sebab itu seharusnya anda membersihkan almari atau kawasan rumah dan sedekah barangan yang jarang dipakai dan masih elok kepada orang yang lebih memerlukan
Aiman juga mengatakan bahawa individu yang menghidap penyakit ini seharusnya dirawat dengan cepat kerana ianya mungkin akan menyusahkan ahli keluarga dan orang sekeliling suatu hari nanti
Kalau anda inginkan rumah ala hotel, rajin-rajinlah kemas rumah dan buang barangan lama yang langsung tidak terpakai dan hanya simpan barangan yang anda perlu gunakan untuk survive