10GB Data Internet Percuma Buat Rakyat Malaysia Yang Layak Sempena Bulan Merdeka
Inisiatif itu dilaksanakan dengan kerjasama strategik CelcomDigi, Maxis, TM, U Mobile dan YES.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Semua pengguna perkhidmatan prabayar dan pascabayar dalam kalangan rakyat Malaysia yang layak bakal menikmati 10GB data internet percuma sempena Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2026
Menerusi laporan Berita Harian, inisiatif ini merupakan kerjasama Kementerian Komunikasi dengan lima syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi di Malaysia menawarkan data internet percuma menerusi Insentif Rebat RAHMAH.
Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil, berkata inisiatif itu dilaksanakan dengan kerjasama strategik CelcomDigi, Maxis, TM, U Mobile dan YES.
"Sebanyak 5GB data percuma akan diberikan pada Hari Kebangsaan, 31 Ogos 2026, manakala 5GB lagi pada Hari Malaysia, 16 September 2026.
"Kaedah dan tempoh penebusan data internet percuma ini akan diperincikan oleh syarikat telekomunikasi, tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan," katanya.

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil.
Image via BernamaNilai keseluruhan tajaan HKHM 2026 yang disahkan oleh Jawatankuasa Penajaan Kementerian Komunikasi setakat ini adalah sebanyak RM48.63 juta
Daripada jumlah berkenaan, RM2.7 juta adalah sumbangan dalam bentuk wang tunai, manakala RM45.93 juta lagi dalam bentuk barangan dan perkhidmatan, menurut Fahmi.
"Jumlah ini merekodkan peningkatan amat memberangsangkan, iaitu lebih 118 peratus berbanding tahun lalu iaitu RM22.3 juta.
"Berdasarkan keseluruhan nilai tajaan, 50 peratus adalah berbentuk promosi, 30 peratus berbentuk barangan untuk diberikan kepada pengunjung, manakala baki 20 peratus lagi adalah tajaan kepada jawatankuasa yang terbabit dalam penganjuran HKHM 2026," katanya.
Fahmi berkata, soalan lazim (FAQ) berkaitan inisiatif data internet terbabit akan dimuat naik di laman sesawang Kementerian Komunikasi dalam tempoh terdekat.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via