seismik

"Alami Pendarahan Luar Biasa" - Gadis 200kg Menghembuskan Nafas Terakhir Malam Tadi

Arwah juga dipercayai telah berada di dalam keadaan seperti selama tempoh lima bulan ekoran penyakit misteri yang dialami olehnya.

Cover image via Google

Penderitaan seorang gadis yang juga bekas tenaga pengajar kontrak di Pusat Pembangunan Kemahiran Melaka berakhir apabila arwah menghembuskan nafas terakhir malam tadi, 18 Disember 2019

Image via Oh My Media

Arwah yang dikenali sebagai Nur Izzati Afiqah Hussein, 29, dikatakan telah berubah sejak berat badannya naik dengan mendadak sehingga mencecah 200 kilogram sejak lima bulan yang lalu.

Malah, sejak itu dia hanya terlantar di atas tilam dan seluruh kehidupannya diuruskan oleh ibunya, Maheran Daud, 54 dan ahli keluarganya yang lain. Arwah yang dulunya antara penyumbang kewangan keluarga akhirnya terpaksa berharap sepenuhnya kepada kakaknya, Nur Izzati Liyana.

Setelah diserang penyakit misteri, pelbagai rawatan telah dilakukan termasuklah hospital dan juga rawatan Islam. Namun, masih gagal mengesan punca sebenar penyakit itu.

Image via Google

Penderitaan itu telah terhenti apabila arwah menghembuskan nafas terakhir pada jam 10:30 malam, 19 Disember 2019 setelah berada dalam keadaan itu selama tempoh kira-kira lima bulan.

Menurut laporan, pada mulanya Nur Izzati Afiqah mengalami pendarahan luar biasa. Ahli keluarga menganggap dia datang haid tetapi ia berlaku dalam keadaan yang begitu banyak. Tambahan lagi, darah yang keluar pada jam 2 petang semalam adalah dalam keadaan berketul. Perkara ini disahkan sendiri oleh ibu saudaranya, Zainab Hassan, 57.

Ketika saat-saat terakhir, arwah masih boleh bercakap sebelum perlahan-lahan bertukar lemah dan akhirnya disahkan meninggal dunia.

Jenazah arwah telah dibantu oleh pihak bomba untuk urusan pengebumian

Jenazah akan disemadikan pada jam 11 pagi (hari ini) di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gaung dengan kerjasama dan bantuan pihak Bomba dan Penyelamat Balai Pasir Mas, Kelantan kerana keadaan fizikal arwah.

Semoga rohnya ditempat di kalangan orang-orang yang beriman, Al-Fatihah.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Berita terkini hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: