seismik

"Alert!" - Jangan Bagi Anak Tengok Kartun Ini, Wanita Dedah Ada Unsur Berbahaya

Peringatan buat ibu bapa.

Cover image via @aisyahrozalli (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seperti yang kita boleh lihat sekarang, banyak kartun dan animasi menarik buat kanak-kanak

Sampai kadangkala mereka tidak mahu terlepas setiap episod menontonnya bukan? Jika dulu kita dibesarkan dengan kartun seperti Doraemon, Sin Chan dan sebagainya, kini lebih banyak cerita kartun yang ditayangkan buat kanak-kanak.

Kini kanak-kanak bebas untuk memilih pelbagai cerita kegemaran mereka. Tambahan lagi jika tengok di YouTube, memang banyak sangat.

Baru-baru ini, seorang wanita telah berkongsi video tentang kartun-kartun yang membahayakan buat anak kecil telah mendapat perhatian ramai.

Lihat video itu di bawah:

Kongsi antara kartun yang mempunyai unsur bahaya

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita berkongsi antara kartun-kartun yang berbahaya untuk tontonan kanak-kanak.

Antara kartun itu adalah Huggy Wuggy, Siren Head, Cartoon Cat, Kissy Missy, Among Us, Happy Tree Friends, Long Horse dan 5 Nights At Freddy's.

Difahamkan, karakter dalam kartun-kartun ini mempunyai unsur keganasan yang boleh membahayakan kesihatan mental anak jika menontonnya.

"Tak pernah tahu semua ni. Tengok video ni baru tahu. Syukur" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka mengenainya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.8M views, 126K likes dan 5,556 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Bahaya kartun-kartun ni, ibu bapa please take note ya!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: