seismik

Alumni MassComm Tuntut Penjelasan & Respon UiTM Mengenai Isu Bantahan Penggabungan Fakulti

Pihak universiti didakwa gagal memberikan respon meskipun bantahan rasmi telah dikemukakan pada Oktober yang lalu.

Cover image via Universiti Teknologi MARA

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Alumni Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM) atau lebih dikenali sebagai MassComm, Universiti Teknologi MARA (UiTM) mendakwa pihak pengurusan universiti berkenaan tidak melayan bantahan penggabungan fakulti yang disuarakan sebelum ini

Menurut Presiden Alumni MassComm, Basree Rakijan, beliau telah mengutuskan sepucuk surat kepada Naib Canselor UiTM bagi mendapatkan maklum balas tentang isu bantahan terhadap penggabungan FKPM.

Walau bagaimanapun, pihak pengurusan UiTM dikatakan tidak telus dalam berurusan dengan alumni dalam isu itu kerana masih mahu menunggu keputusan Jabatan Pengajian Tinggi (JPT) dan pihak Kementerian, padahal keputusan JPT telah pun diterima oleh UiTM sejak awal November 2022 lagi.

Selain itu, beliau berkongsi kepada umum mengenai isi kandungan surat Alumni MassComm kepada Naib Canselor UiTM bersama surat daripada Ketua Pengarah JPT berkaitan isu berkenaan.

Lihat isi kandungan surat-surat tersebut di bawah:

Pihak universiti didakwa gagal memberikan respon meskipun bantahan rasmi telah dikemukakan pada Oktober yang lalu

Menurut laporan Malaysia Gazatte, pihak alumni MassComm dimaklumkan bahawa Jabatan Pendidikan Tinggi telah mengemukakan cadangan kepada pihak universiti sama ada mahu menukar nama kolej atau melaksanakan penstrukturan semula Fakulti Sains Komputer dan Matematik serta Fakulti Pengurusan Maklumat, tanpa melibatkan FKPM.

Malangnya menurut Basree, pihak universiti tidak memaklumkan cadangan tersebut kepada Alumni MassComm.

“Saya dimaklumkan Jabatan Pendidikan Tinggi Negeri pada 1 November sudah mengutus surat kepada UiTM dan memberi dua cadangan untuk dipertimbangkan.

“Tetapi 7 November kami masih lagi disuruh menunggu jawapan sedangkan mereka sudah tahu awal jawapan. Sebab itu saya rasa pihak UiTM tidak telus dalam berhubungan dengan alumni mengenai perkara ini,” katanya ketika sidang media hari ini.

Jelas beliau lagi, pihak universiti turut gagal memberikan respon meskipun bantahan rasmi telah dikemukakan pada Oktober yang lalu.

“Kami dimaklumkan supaya menunggu keputusan daripada Kementerian Pendidikan Tinggi setiap kali kami tanyakan tentang status.

“Sampai minggu lepas kami masih menunggu tapi masih tidak ada apa-apa,” ujarnya.

Ada pelajar FKPM yang mendakwa sukar mendapat tempat untuk membuat latihan praktikal

"Semenjak penggabungan dibuat Oktober yang lalu, ada beberapa pelajar yang menghubungi saya mengatakan mereka sukar mendapatkan tempat latihan praktikal kerana nama pengurusan komputer itu,” kata Basree lagi.

Terdahulu, Alumni MassComm membantah penggabungan tersebut kerana berpendirian entiti baharu yang dikenali sebagai Kolej Pengkomputeran, Informatik dan Media akan melemahkan pendidikan asas komunikasi.

Dalam pada itu, Basree menegaskan, alumni fakulti berkenaan tidak dilibatkan dalam proses perbincangan sebelum penggabungan dibuat.

Sebagai rekod, FKPM yang dahulunya dikenali sebagai Kajian Sebaran Am yang menjadi perintis kepada pendidikan komunikasi dan media sejak 1972 dan menyambut ulang tahunnya yang ke-50 pada tahun ini.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: