Datuk Rizalman Ibrahim Dilantik Ahli Lembaga Pengarah UiTM Yang Baru. Tahniah!
Sebelum ini, Vivy Yusof pernah dilantik jawatan yang sama pada 26 Mei 2019.
Pereka fesyen terkenal, Datuk Rizalman Ibrahim dilantik oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang baru
Menurut sumber, berita gembira itu diumumkan sendiri oleh UiTM menerusi Facebook rasminya petang tadi.
Sementara itu, Rizalman menerusi akaun Instagramnya berjanji akan terus berkhidmat selagi diperlukan
Kau Ilham Ku
Yang terikat itu baldi
Yang dalam itu telaga
Yang manis itu budi
Yang ilmu itu harta“Saya berjanji selagi hayat terkandung sebagai seorang rakyat Malaysia, sebagai bangsa Melayu, sebagai umat Nabi Muhammad SAW dan sebagai makhluk ciptaan Allah SWT, saya pasti berkhidmat selagi diperlukan bakat dan kederat,” tulisnya.
Beliau yang juga merupakan alumni UiTM, adalah graduan daripada Diploma Seni Lukis dan Seni Reka dalam jurusan fesyen bermula pada tahun 1989-1993.
Selain itu, pencapaian terbaik yang pernah disandangnya ketika menuntut di ITM (kini dikenali sebagai UiTM) adalah Pelajar Terbaik Kajian (Jurusan dan Fakulti) dan Pelajar Terbaik Diploma Seni Lukis dan Seni Reka (Seni Reka Fesyen).
Sebelum ini, usahawan muda Vivy Yusof yang juga Pengasas FashionValet dan dUCK Group pernah dilantik jawatan sama pada 26 Mei 2019
Bagaimanapun, pada 28 September lalu, UiTM telah membuat pengumuman mengenai penamatan kontrak Vivy sebagai Ahli Lembaga Pengarah.