Vivy Yusof Bukan Lagi Ahli Lembaga Pengarah UiTM?
Pihak UiTM mengucapkan terima kasih kepada Vivy Yusof atas khidmat baktinya.
Pengasas jenama terkenal Fashion Valet dan dUCk Group, Datin Vivy Yusof sedang hangat menjadi bualan netizen ketika ini
Baru-baru ini, Vivy Yusof telah memfailkan saman fitnah terhadap seorang netizen berhubung isu kerajaan membantu golongan B40 dan M40 yang terjejas akibat Covid-19 sebelum ini.
Walau bagaimanapun, hari ini pihak Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam posting terbarunya telah memuat naik status penghargaan terima kasih kepada usahawan itu atas khidmat bakti sebagai Ahli Lembaga Pengarah universiti berkenaan.
Buat masa ini, belum ada kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak UiTM mengenai status Vivy Yusof sebagai Ahli Lembaga Pengarah universiti tersebut