seismik

Vivy Yusof Dilantik Ahli Lembaga Pengarah UiTM, Tapi Ramai Netizen Tidak Suka Kerana...

Pelantikan tersebut telah diumumkan pada 26 Mei 2019 yang lalu.

Cover image via UiTM

Usahawan dan pengasas FashionValet serta jenama dUCk, Datin Vivy Yusof, dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Mara (UiTM)

Image via Fashion Valet

Perkhabaran tersebut telah dimaklumkan melalui laman Facebook rasmi UiTM, laman Twitter Naib Cancelor UiTM semalam, 26 Mei, dan dikongsikan sendiri oleh Vivy dalam laman Instagram miliknya.

Vivy melalui catatannya telah meluahkan rasa kesyukuran dilantik jawatan berkenaan dan menyatakan akan menjalankan tanggungjawab tersebut dengan baik.

“Saya sangat menghormati Pengerusi dan Ahli Lembaga yang lain atas usaha (terhadap UiTM) yang mereka lakukan.

“Walaupun saya tidak mempunyai pengalaman yang sama namun saya harap saya dapat menyumbang idea segar dan membawa pembaharuan kepada UiTM dan bermanfaat dalam industri pendidikan,” katanya.

Meskipun begitu, rata-rata netizen mempertikaikan pelantikan tersebut yang menyifatkannya sebagai tidak sesuai

Melalui semakan di laman Twitter dan Facebook, kebanyakan warganet masing-masing meluahkan rasa kurang senang mereka kerana merasakan terdapat individu lain yang lebih layak memikul jawatan itu berbanding Vivy. 

Antara komen-komen netizen:

Image via Twitter
Image via Twitter
Image via Twitter

Image via Facebook

Menurut laman Asianentrepreneur.org, Vivy merupakan graduan lulusan undang-undang dari London School of Economics, sebuah institusi pengajian terkemuka dunia di United Kingdom

Image via Google

Sepanjang kerjayanya dalam dunia keusahawanan, Vivy telah memenangi pelbagai anugerah termasuklah Bella Business Award 2013, Women’s Weekly Malaysia’s Finance and Commerce Nominee untuk anugerah Great Women of Time Awards 2015, 60 Wanita Inspirasi Nona, Young Entrepreneur Award daripada Tribute To Women Malaysia dan banyak lagi.

Selain itu, antara kejayaan terbesar beliau adalah apabila disenaraikan sebagai salah satu daripada Forbes 30 Under 30 di Asia, pada April 2017.

Apa pendapat anda tentang pelantikan Vivy Yusof ini?

Nyatakan di ruangan komen di bawah!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel di SAYS Seismik:

You may be interested in: