seismik

"Saya Banyak Muhasabah Diri" - Teruk Terima Kecaman, Vivy Yusof Tampil Beri Penjelasan

Harap tiada lagi salah faham selepas ini.

Cover image via Instagram @Vivyyusof

Pengasas jenama terkenal Fashion Valet, Vivy Yusof sedang hangat menjadi bualan netizen ketika ini

Image via asia tatler

Beliau yang juga merupakan salah seorang Ahli Lembaga Pengarah UiTM  menjadi sasaran netizen apabila dikatakan telah mempersoal bantuan yang diberikan kepada golongan B40 melalui Pakej Rangsangan Ekonomi yang diumumkan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini.

Kenyataan yang dikatakan dibuat oleh Vivy itu telah menimbulkan rasa kurang senang warganet yang rata-ratanya tidak bersetuju dengan pandangan yang dilontarkan beliau.

Malah, susulan daripada kontroversi itu, terdapat juga satu petisyen yang dibuat bagi menuntut agar ahli perniagaan itu meletakkan jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah UiTM.

Ekoran daripada pelbagai desakan serta kecaman yang dibuat olehnya itu, Vivy pada hari ini telah tampil untuk menjelaskan perkara yang sebenar

Penjelasan itu telah dibuat oleh Vivy di laman Instagram miliknya, sebentar tadi.

Menerusi video berdurasi 7:47 saat itu, Vivy berkata sepanjang beberapa hari ini beliau telah bermuhasabah diri dan memahami alasan kecaman yang dibuat oleh netizen ketika ini.

Namun begitu, beliau menafikan dakwaan kononnya telah mengeluarkan kenyataan yang seolah-olah mempersoal bantuan yang diberikan kerajaan terhadap golongan B40 dan M40 seperti yang bertebaran di media sosial ketika ini.

Menyifatkan ia sebagai fitnah, Vivy berkata beliau sedikitpun tidak pernah terfikir untuk mengeluarkan kenyataan sedemikian.

Untuk penjelasan lanjut, tonton video di bawah:

Harap penjelasan beliau boleh meredakan kekalutan yang berlaku ketika ini.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

You may be interested in: