seismik

Anak Jadi Tak Ceria & Takut Pergi Sekolah, Cikgu Kurung Murid Dalam Jeriji Besi Ini Viral

Bahaya.

Cover image via @AzuanMekanik (Twitter)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, tular sebuah posting di Twitter tentang tindakan seorang guru yang melampaui batas

Individu tersebut mendakwa cikgu di sebuah sekolah yang tidak dikenal pasti pernah mengurung murid dalam jeriji besi.

Lihat posting itu di bawah:

Anak jadi tak ceria dan takut pergi sekolah sebab pernah nampak kawannya kena kurung

Menerusi perbualan dengan Encik Azuan, kejadian itu berlaku di sebuah sekolah di Rembau.

Pada awalnya, dia mengetahui tentang perkara itu melalui group WhatsApp yang terdiri daripada ibu bapa kepada anak-anak darjah satu di sekolah berkenaan.

Satu isu telah timbul di dalam group berkenaan, ada ibu bapa yang mengetahui anaknya dikurung di situ.

Alasannya adalah sebab anaknya suka bergurau dalam kelas, tak berhenti bising dan main tarik-tarik seluar kawan.

Perkara itu telah memberi kesan kepada anak Encik Azuan walaupun anaknya tidak dikurung.

"Semasa tadika anak ok tiada masalah, selepas masuk darjah satu, nampak perubahan anak kurang ceria bila ke sekolah," katanya kepada SEISMIK.

SEISMIK juga telah menghubungi Pejabat Pendidikan Daerah Rembau untuk mendapatkan kenyataan, tetapi masih tidak mendapat maklum balas lagi (semasa artikel ini diterbitkan).

"Kenapa dilayan sampai macam tu. Teruk betul sahsiah cikgu pon kalau nak mengajar atau mendidik. Banyak lagi cara yang lebih elok." - Netizen

Susulan tularnya posting itu yang meraih sehingga 1M views, 6K retweets dan 7K likes di Twitter, rata-rata netizen turut berang dengan tindakan cikgu itu. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter:

Tak sesuai kalau nak didik anak-anak macam tu, boleh mental!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: