seismik

Anak Lukis Atas Lantai Guna 'Permanent Marker' Tetapi Hasilnya Pula Raih Pujian Ramai

Nak padam pun sayang ni.

Cover image via @as2t79 (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Setiap orang pastinya mempunyai bakat terpendam yang tersendiri

Kebiasaannya, ibu bapalah yang memainkan peranan untuk mencungkil bakat anak-anak. Hal ini kerana, ia mudah untuk mengetahui minatnya cenderung ke arah mana betul tak?

Sama seperti sebuah video yang tular di laman sosial TikTok baru-baru ini, apabila seorang wanita berkongsi kisah ketika anaknya melukis di lantai. Namun, lukisannya pula mendapat perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Anak healing dengan cara melukis, siap guna permanent marker

Menerusi video berkenaan, kelihatan dia sekadar ingin berkongsi kisah ketika anaknya sedang seronok melukis di lantai dengan menggunakan permanent marker.

Kapsyen di video itu turut menjelaskan cara baharu anaknya healing dengan melukis karakter doodle di atas lantai. Malah, dia juga turut pening memikirkan cara untuk memadam kesan lukisan itu.

Namun, rata-rata netizen pula memuji kecantikkan lukisan anaknya. Malah, si cilik itu juga berbakat dan dapat menghasilkan lukisan yang cantik.

Lihat video lain itu di bawah:

"Masalahnya, aku yang umur 21 ni pun tak boleh lukis cantik macam tu. Macam mana dia buat!" - Netizen

Menjengah ke ruangan komen mendapati rata-rata memuji lukisan anaknya itu. Malah, mereka turut berkata bakat anaknya perlu diasah.

Ketika menulis artikel ini, video tersebut telah meraih sebanyak 420.3K views, 31.6K likes dan 3,406 comments di TikTok. 

Berikut merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Kalau cantik macam ni, nak lukis penuh lantai pun tak apa :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: