seismik

Anda Nak Langsaikan Semua Hutang Sempena Ramadan Tak? Ikuti Cara Paling Mudah Ini!

Berkongsilah masalah anda dengan CSA Academy hari ini.

Cover image via CSA Academy

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Artikel ini ditaja oleh CSA Academy.

Bulan Ramadan merupakan bulan untuk umat Islam memperbaiki diri serta menjadi Muslim yang lebih baik

Bulan inilah di mana kita akan berlumba-lumba berbuat kebaikan serta tingkatkan amal dan ibadah.

Dalam pada itu, jangan lupa juga untuk cuba sedaya-upaya buat langsaikan hutang yang ada.

Kerana sabda Rasulullah SAW: Penundaan orang yang mampu (untuk membayar hutang), adalah perbuatan zalim. – [HR Al-Bukhari]

Dapatkan bantuan coach kewangan agar tidak tersilap langkah

Mesti ramai yang sudah tak sabar nak shopping sakan sempena raya nanti kan? Kami faham akan keterujaan anda tetapi kena berhati-hati bila berbelanja agar tidak terbeban dengan hutang di kemudian hari.

Macam mana nak pastikan perbelanjaan anda sudahnya tidak menjadi beban? Mudah sahaja, anda perlukan perancangan kewangan yang strategik dengan bantuan coach kewangan di CSA Academy (CSA).

Berita baik buat semua, terutama sekali penjawat awam. CSA tawarkan bantuan coach kewangan untuk kakitangan kerajaan secara percuma!

Image via CSA Academy

Jangan risau, CSA sama sekali tidak akan menyekat perbelanjaan anda. Sebaliknya mereka berazam untuk memperkasakan orang ramai dengan pengetahuan kewangan yang baik.

Coach kewangan akan membantu anda untuk menyediakan pelan pembayaran terbaik dan bersesuaian dengan gaya hidup anda.

CSA merupakan institut perunding kewangan dengan pengalaman lebih sedekad dalam bidang ini. Mereka telah membantu ramai individu untuk langsaikan masalah hutang yang membelenggu kehidupan peminjam.

Mereka komited untuk memastikan setiap isi rumah dapat keluar daripada bahaya hutang demi kehidupan yang lebih harmoni dan bebas tekanan.

Ziana Zain, Dato’ Jalaluddin Hassan dan Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar Shukor sokong usaha bebas hutang

Image via CSA Academy

Ziana Zain, Dato’ Jalaluddin Hasan dan Dr. Sheikh Muszaphar telah dilantik sebagai duta rasmi CSA, ketiga-tiga individu berpengaruh ini komited untuk mengajak masyarakat hidup tanpa bebanan hutang.

Mereka juga menyokong penuh usaha CSA yang ingin membantu masyarakat buat keluar dari masalah kewangan.

Antara program yang ditawarkan CSA khas untuk penjawat awam:

1. Seminar awam & program pendidikan

2. Bimbingan kewangan peribadi sepanjang hayat

3. Laporan analisis kewangan individu dan keluarga

4. Strategi dan ekosistem penyelesaian hutang

5. Program bebas hutang

Jom bebas hutang dengan CSA

Image via CSA Academy

Sempena bulan mulia ini, CSA ingin membimbing anda untuk menikmati perbelanjaan tanpa rasa bimbang, memastikan setiap ringgit yang dibelanjakan tidak sekadar membawa gembiraan sementara tetapi mampu menjamin kesejahteraan kewangan jangka panjang.

Menerusi kepakaran coach kewangan CSA, anda boleh menghayati Ramadan sepenuhnya dan berbelanja untuk persiapan raya tanpa meningkatkan bebanan kewangan.

Dah tak sabar nak mulakan hidup baru tanpa hutang? Jom ketahui dengan lebih lanjut tentang program CSA di https://csaacademy.vip atau ikuti Instagram mereka di SINI.

Anda juga boleh dapatkan semakan kewangan secara percuma secara atas talian di SINI.

*Tertakluk kepada terma dan syarat

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik