seismik

'Angeline Tanya Abang Jawab' Bakal Temui Penonton Di TV AlHijrah Bermula 18 September Ini

Program semi drama santai dan soal jawab kemusykilan mualaf itu bakal ditayangkan sebanyak 13 episod setiap hari Rabu pukul 8.30 malam.

Cover image via TV AlHijrah

Follow kami di WhatsApp Channels, TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Stesen TV AlHijrah dengan bangganya memperkenalkan program baharu yang dinanti-nantikan iaitu Angeline Tanya Abang Jawab, sebuah rancangan interaktif santai yang menggabungkan agama, hiburan dan pendidikan, serta bertujuan memberikan bimbingan kepada saudara baharu untuk mendalami asas agama Islam

Program ini akan disiarkan bermula 18 September, setiap hari Rabu, pukul 8.30 malam dan menampilkan pelakon terkenal Angeline Tan dan suaminya, Sabri Yunus yang saling berinteraksi melalui soalan-soalan berkaitan pelbagai isu agama, kehidupan dan sosial.

Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Namanzee Harris berkata, TV AlHijrah memikul tanggung jawab besar dalam menyantuni golongan saudara baharu di Malaysia.

Sabri Yunus dan Angeline Tan.

Image via TV AlHijrah

“Dakwah di platform penyiaran TV AlHijrah dilihat mampu mengisi kelompongan pedagogi dalam dakwah pada zaman kini. Oleh itu, program ini diterbitkan untuk memberikan pandangan yang mendalam mengenai nilai-nilai keagamaan dan kekeluargaan, sambil menjadikan proses pembelajaran buat golongan mualaf menjadi lebih menyeronokkan.

“Setiap persoalan yang diajukan oleh Angeline kepada Sabri Yunus adalah persoalan yang kerap kali dibangkitkan oleh golongan mualaf seperti perihal fardu ain dan fardu kifayah, tanggungjawab dalam rumahtangga dan keluarga, kefahaman dan amalan ibadah, etika pemakaian dalam Islam, hubungan sesama Islam dan bukan Islam serta banyak lagi topik lain.

“Setiap episod program ini diharapkan dapat menyampaikan pesan-pesan kebaikan secara jelas dan mempromosikan keharmonian dalam keluarga Muslim. Dengan penggabungan elemen-elemen itu, program ini diharapkan dapat memenuhi keperluan penonton dan masyarakat yang ingin mendalami ajaran agama Islam sambil merasai kedekatan kekeluargaan yang lebih menyenangkan.

“Dengan adanya unsur humor yang diselitkan secara bijak oleh Sabri Yunus, serta penerangan daripada barisan asatizah, kami yakin konsep kebaikan dan cinta kasih Islam akan terserap dengan lebih baik oleh penonton,” jelas Namanzee.

Sebanyak 13 episod akan bersiaran bermula 18 September ini, manakala ulangannya pula akan ditayangkan sebanyak empat kali seminggu

Tambah Namanzee lagi, setiap episod program ini menampilkan segmen di mana Angeline, bersama panel pakar jemputan, membincangkan topik-topik yang relevan, memberikan perspektif yang mudah difahami serta penyelesaian praktikal berlandaskan ajaran Islam.

Barisan asatizah dan ilmuan yang yang terbabit dalam menjawab soalan-soalan yang ditanyakan Angeline Tan antaranya Ustaz Harryanto Rizal Rokman, Ustaz Azhar Ghazali, Ustaz Zul Ramli, Imam Muda Asyraf dan ramai lagi.

"Menariknya, setiap episod program Angeline Tanya Abang Jawab disusun dengan kemas untuk merangkumi isu-isu yang sering dihadapi oleh masyarakat terutama golongan mualaf, seperti hal-hal kekeluargaan, akhlak, perhubungan, serta panduan dalam menghadapi cabaran kehidupan moden.

"Walau diterbitkan khusus untuk saudara baru, namun Program Angeline Tanya Abang Jawab ini juga sangat digalakkan untuk ditonton seluruh masyarakat Malaysia, terutamanya golongan muda dan keluarga yang ingin mendapatkan pencerahan mengenai pelbagai isu kehidupan seharian dan panduan dalam menjalani kehidupan berteraskan nilai-nilai Islam," ujaranya.

Dari kiri; Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Namanzee Harris, Sabri Yunus dan Angeline Tan.

Image via TV AlHijrah

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan siaran perdana Angeline Tanya Abang Jawab pada 18 September akan datang hanya di TV AlHijrah. 

Rancangan ini juga akan disiarkan di multi-platform termasuk di aplikasi AlHijrah Plus dan media sosial.

Sebagai rekod, program Angeline Tanya Abang Jawab bakal ditayangkan sebanyak 13 episod, manakala ulangannya pula akan ditayangkan sebanyak empat kali seminggu.

Untuk maklumat lanjut dan kemas kini terkini, layari laman sesawang TV AlHijrah atau ikuti saluran media sosial TV AlHijrah.

'Angeline Tanya Abang Jawab' bakal temui penonton di TV AlHijrah bermula 18 September ini setiap hari Rabu pukul 8.30 malam.

Image via TV AlHijrah

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: