seismik

Lawak! Anggota MBSA Siap Vakum Kereta Gadis Ini Lepas Pekerja Lari Gara-Gara Kena Serbu

Lawaknya!

Cover image via Twitter @idiyan_

Setiap insan di dunia ini pasti akan mengalami pengalaman yang melucukan dan tidak diduga dalam hidupnya

Gambar sekadar hiasan

Image via Merdeka

Malah hampir setiap hari di media sosial, ada sahaja video serta peristiwa lucu yang berlaku terhadap masyarakat kita sehingga membuatkan netizen terhibur.

Walaupun begitu, peristiwa lucu tersebut mungkin boleh dijadikan sebagai kenangan terindah dan disimpan hingga ke akhir hayat.

Terbaharu, telah tular satu lagi video serta peristiwa lucu yang berlaku terhadap seorang gadis

Kejadian itu telah berlaku dan dikongsikan sendiri oleh pengguna Twitter yang menggunakan nama @idiyan_ ini.

Menerusi video yang dikongsikan olehnya, peristiwa lucu tersebut berlaku ketika dia sedang menghantar kereta di sebuah carwash.

Apa yang melucukan, ketika keretanya sedang dicuci, datang sepasukan anggota penguatkuasa dari Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) ke tempat tersebut untuk membuat serbuan terhadap pekerja warga asing yang bekerja di situ.

Walau bagaimanapun, pekerja warga asing tersebut berjaya melarikan diri dan membuatkan keretanya tidak menjalani proses cucian yang sepenuhnya.

Kejadian itu bertambah kalut dan melucukan apabila anggota MBSA yang berada di situ kemudiannya bertindak 'menyambung' kerja mencuci kereta gadis berkenaan dengan meneruskan proses memvakum.

Semestinya, rata-rata netizen yang menonton rakaman video itu turut berasa lucu dan terhibur dengan kejadian tersebut

Lawaknya! Memang jarang-jarang berlaku kejadian seperti ini.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lebih banyak berita viral menarik di sini:

You may be interested in: