Anjing Peliharaan Kena Tangkap Majlis Perbandaran - "Aku Dah Anggap Macam Anak Sendiri"
Menurut individu tersebut, dia sudah menjaga anjing itu sejak bulan Julai.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Selain kucing, anjing juga merupakan haiwan peliharaan yang sangat manja dan rapat dengan tuannya jika dilayan dengan baik
Hanya pencinta haiwan yang faham perasaan sedih jika mereka kehilangan atau terpaksa berpisah dengan haiwan peliharaan yang sudah lama dijaga.
Seperti apa yang dikongsi oleh seorang wanita di laman Threads baru-baru ini apabila dia menangis selepas anjing-anjing peliharaannya ditangkap oleh pihak berkuasa gara-gara ada jiran yang membuat aduan.
Menurut wanita berkenaan, dia sudah memelihara lima ekor anjing itu sejak Julai lalu.
Merayu pada majlis perbandaran agar tak bunuh anjing-anjing tersebut
"Aku siap tanya lagi orang majlis ni banyak kali & merayu. Tolong jangan bunuh dorang macam terjadi dekat Kopi. Sumpah kalau dorang bunuh aku takkan maafkan dorang.
"Momy doa Jacky, Meena, Brownies, Bossy & Uteh baik2 saja ya dekat tempat baru. Apa yang jadi antara korang hanya Allah saja tahu & nampak," tulisnya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!