seismik

Anugerah Grammy 2022 Disiarkan Secara Langsung Pukul 8 Pagi Di tonton 4 April Ini

Ada BTS, Olivia Rodrigo, Billie Eilish dan ramai lagi!

Cover image via Live Nation , Wattpad , Pop Buzz

Strim secara langsung di tonton dan siaran tertunda di 8TV

Pada 4 April 2022, anugerah muzik paling berprestij, Anugerah Grammy ke-64 bakal ditayangkan secara HD dari MGM Grand Garden Arena di Las Vegas pada pukul 8 pagi (waktu Malaysia) menerusi tonton.

Image via CBS

Pelawak terkenal, Trevor Noah akan mengacarakan anugerah tersebut pada tahun ini

Image via NME

Dihoskan oleh Trevor Noah daripada “The Daily Show”. Tahun ini, penonton akan menyaksikan persembahan oleh pelbagai artis yang tercalon dalam anugerah ini antaranya BTS, Brandi Carlile, Billie Eilish, Lil Nas X bersama Jack Harlow, dan Olivia Rodrigo.

Pernah memenangi 12 Anugerah Grammy, Foo Fighters tahun ini tercalon dalam 3 kategori iaitu Best Rock Performance (Making A Fire), Best Rock Song (Waiting On A War), dan Best Rock Album (Medicine At Midnight).

Lagu "Butter" oleh BTS tercalon dalam kategori Best Pop Duo/Group Performance

Image via NME

Sementara itu, BTS tercalon dalam kategori Best Pop Duo/Group Performance untuk lagu 'Butter' bersaing dengan Tony Bennett & Lady Gaga (I Get A Kick Out Of You), Justin Bieber & Benny Blanco (Lonely), Coldplay (Higher Power), dan Doja Cat Featuring SZA (Kiss Me More).

H.E.R. yang pernah memenangi 4 kali Anugerah Grammy sebelum ini, tercalon juga dalam 8 kategori untuk tahun ini menerusi: 

1. Album Of The Year (Back Of My Mind)
2. Song Of The Year (Fight For You)
3. Best R&B Performance (Damage)
4. Best Traditional R&B Performance (Fight For You)
5. Best R&B Song (Damage)
6. Best R&B Album (Back Of My Mind)
7. Best Contemporary Christian Music Performance/Song (Hold Us Together (Hope Mix)) bersama Tauren Wells
8. Best Song Written For Visual Media (Fight For You [From Judas And The Black Messiah])

Jangan lupa temujanji anda untuk menyaksikan Anugerah Grammy Ke-64

Pada 4 April secara HD LIVE menerusi www.tonton.com.my pada pukul 8.00 pagi dan siaran tertunda di 8TV pada pukul 1.00 tengah hari.

Image via tonton

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: