Apakah Erti Merdeka? Enam Suara Malaysia Kongsi Perspektif Di ILMU Hasanah #50
ILMU Hasanah #50 ungkap erti Merdeka menerusi enam suara pembentuk masa depan.
Cover image via Yayasan HasanahFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Apakah rupa Merdeka dalam kehidupan seharian? Kebebasan itu mungkin hadir apabila seorang kanak-kanak menemukan jalan baharu untuk belajar, apabila seseorang mendapat keselamatan dan sokongan, apabila warga emas dapat menua dengan penuh maruah, atau apabila sesebuah negara menggunakan ilmu untuk memperkukuh keterjaminan makanannya
Persoalan ini menjadi fokus utama dalam siri ILMU Hasanah #50 bertemakan "Merdeka Through ILMU: Advancing Malaysia Together" yang berlangsung di Bangunan Sultan Abdul Samad pada 11 Ogos lalu. Sesi bersejarah ini menandakan perbualan ke-50 sejak siri anjuran Yayasan Hasanah ini dimulakan pada 2017.
Sebagai yayasan berteraskan impak di bawah Khazanah Nasional Berhad, Yayasan Hasanah melabur dalam masyarakat, kerjasama, dan idea yang mampu menghasilkan impak sosial serta alam sekitar yang berkekalan.
Trustee dan Pengarah Urusan Yayasan Hasanah, Puan Siti Kamariah Ahmad Subki berkata, pembelajaran secara berterusan merupakan sebahagian daripada usaha membina sebuah negara yang benar-benar merdeka.
"Ketika kita menghayati bulan Merdeka ini, kita diingatkan bahawa Malaysia yang merdeka juga haruslah sebuah Malaysia yang terus belajar, berkembang dan bergerak maju bersama," kata Siti Kamariah.

Trustee dan Pengarah Urusan Yayasan Hasanah, Siti Kamariah Ahmad Subki ketika menyampai ucapan pembukaan "Merdeka Through ILMU Advancing Malaysia Together".
Image via Yayasan HasanahEnam suara dan enam perspektif Malaysia
Sesi ke-50 ini menampilkan enam penceramah yang membawa perspektif berbeza berdasarkan pengalaman kerja mereka bersama komuniti di seluruh negara:
- Rahman Imuda (Kromium Digital): Memfokuskan akses pendidikan di Sabah. Beliau mengetengahkan cabaran geografi, pendapatan, dokumentasi, dan keyakinan diri. Menerusi pengamatan terhadap aktiviti sukan, beliau mendapati kanak-kanak lebih yakin di padang, sekali gus membawa kepada pendekatan pembelajaran interaktif. "Pengajarannya ialah setiap kanak-kanak memerlukan jalan untuk menemui pembelajaran, rasa diterima dan peluang," katanya.
- Imelda George (Good Shepherd Services Malaysia): Mengangkat isu kesedaran keganasan berasaskan gender dan rumah tangga. Beliau menekankan bahawa kebebasan bermula daripada keupayaan untuk hidup selamat dan bermaruah. "Keganasan bukan budaya kita, tetapi sikap berdiam diri akan membenarkannya menjadi sebahagian daripada budaya kita," ujar beliau.
- Sarina Mokhtar (Sunshine Qualicare, Ipoh): Menangani isu penuaan dan penjagaan paliatif berdasarkan pengalaman menjaga keluarga. Beliau mengingatkan bahawa isu penuaan bukan masalah orang lain tetapi masa depan semua individu yang perlu dibina bersama.
- Ruth Yap (Zero Waste Sabah): Mengusahakan pengurusan sisa mampan bersama komuniti di Sabah dengan menggabungkan pendidikan, tindakan komuniti, dan penglibatan dasar bersama pelbagai pihak berkepentingan.
- Sarinah Said (Lambo Sari Resources): Memelihara warisan budaya dan kraf tradisional agar diwarisi generasi muda menerusi penganjuran festival kebudayaan. Beliau menegaskan, "Perpaduan ini tidak berlaku begitu sahaja, ia perlu dibentuk, diasuh dan dipelajari."
- Dr. Sarena Che Omar (PNB Research Institute): Meneliti kepentingan ilmu dan penyelidikan bagi memodenkan sektor pertanian, menyokong petani kecil, serta memperkukuh rantaian bekalan tempatan demi keterjaminan makanan negara.

Pengurus Projek Kromium Digital, Rahman Imuda, mengetengahkan bagaimana sukan dapat membina keyakinan diri kanak-kanak serta memberi ruang untuk mereka lebih berani mengekspresikan diri.
Image via Yayasan Hasanah
Sarina Mokhtar, Pengasas dan Pengarah Sunshine Qualicare, berkongsi pandangan mengenai keperluan memperkukuh penjagaan paliatif dan sokongan kepada penjaga seiring dengan perubahan demografi Malaysia.
Image via Yayasan Hasanah
Sarinah Said, Pengasas Lambo Sari, mengupas kepentingan seni dan warisan tradisional sebagai sebahagian daripada identiti Malaysia serta usaha memastikan khazanah ini terus dihargai oleh generasi akan datang.
Image via Yayasan Hasanah
Dr. Sarena Che Omar, Ketua Pegawai Eksekutif PNB Research Institute, menekankan kepentingan penyelidikan berasaskan bukti dalam memperkukuh dasar serta membina daya tahan negara, khususnya dalam aspek keterjaminan makanan.
Image via Yayasan Hasanah
Imelda George, Pengurus Kanan Good Shepherd Services Malaysia, menyeru kepada pengukuhan sistem sokongan dan kesedaran masyarakat dalam menangani keganasan rumah tangga, sambil mengingatkan bahawa keselamatan dan maruah merupakan asas kebebasan yang sebenar.
Image via Yayasan Hasanah
Daripada komuniti hingga agensi kerajaan, perkongsian Ruth Yap mengetengahkan bagaimana usaha bersama dapat memperkukuh pengurusan sisa yang lebih mampan di peringkat setempat.
Image via Yayasan HasanahUntuk rekod sejak 2015, Yayasan Hasanah terus melengkapi mandat "Advancing Malaysia" Khazanah menerusi pelaburan dalam bidang Pendidikan, Pembangunan Komuniti, Alam Sekitar, Seni dan Ruang Awam, serta Ilmu.
Siti Kamariah menyimpulkan bahawa nilai perkongsian ini terletak pada usaha berkongsi maklumat supaya apa yang dipelajari oleh sesebuah organisasi dapat membantu pihak lain mengharungi cabaran mereka.
Rakaman perbualan penuh ILMU Hasanah #50 kini boleh ditonton menerusi saluran YouTube rasmi Yayasan Hasanah, manakala maklumat lanjut mengenai inisiatif yayasan boleh didapati di www.yayasanhasanah.org.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


