seismik

Makin Ramai Yang Dah Mula Terjebak Dengan Sayat.me Ini, Apa Yang Menarik Sangat Ya?

Sayat ya bukan Sajat.

Cover image via SAYS

Sejak dari minggu lalu, ramai yang telah kongsikan link Sayat.me masing-masing di profil Instagram mereka

Image via Instagram

Jadi apakah aplikasi Sayat.me yang sedang trending di laman sosial ini?

Image via Domain

Sayat.me ialah sebuah aplikasi web yang menawarkan perkhidmatan percuma di mana ia membenarkan anda untuk memberi dan menerima feedback jujur secara anonymous. Menerusi aplikasi ini, anda dapat meluahkan perasaan dan berkongsi pandangan terhadap seseorang itu tanpa perlu bercakap ataupun menghadap mereka secara behadapan.

Berbanding dengan membuat penilaian ataupun meluahkan perasaan secara face to face, cara ini adalah lebih bagus untuk mengelak negativiti dan perselisihan faham. Dengan cara anonymous ini, ramai orang berpeluang untuk berkongsi pandangan terhadap sesuatu perkara.

Menurut pasukan Sayat.me, mereka berpendapat bahawa feedback yang jujur dapat membantu pengguna mengenali diri mereka dan membuka pandangan mereka terhadap diri sendiri sekaligus mengetahui bagaimana orang ramai melihat diri mereka. Aplikasi web ini memberi input kepada pengguna untuk mereka memperbaiki kelemahan diri masing-masing.

Bagaimana aplikasi ini berfungsi?

Image via Briffly

Di bawah ini adalah cara-cara menggunakan aplikasi web Sayat.me ini:

1. Layari laman web Sayat.me dan mula daftarkan emel anda.
2. Pilih username dan juga URL yang bersesuaian.
3. Kongsikan URL anda di laman sosial yang lain seperti Instagram dan Twitter.
4. Tunggu untuk mereka tulis sesuatu tentang diri anda
5. Selamat membaca! Jangan sampai emosi tau.

Ini pula kata netizen tentang Sayat.me ini. Macam biasa, rakyat Twitterjaya tak pernah menghampakan!

Image via SAYS
Image via SAYS
Image via SAYS

Tunggu apa lagi, jom cuba sekarang!

Image via Tumblr

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Ini pula trend fidget spinner, macam best je tengok:

You may be interested in: