seismik

Isu Susu Pisang Nilofa Dan 9 Lagi Artikel 'Most Reads' Di Seismik Tahun 2019

Banyak suka duka telah dirakam sepanjang tahun 2019. :)

Cover image via

Pada 26 September 2019, KTMB memuat naik sekeping gambar teaser menunjukkan koc terbaru 'Business Class' mereka untuk ETS.

ETS Business Class ini mempunyai beberapa kemudahan baru yang moden dan serba lengkap. Penumpang boleh menikmati hiburan video dan audio, sambungan WiFi, port pengecasan USB, hidangan dalam kabin, kit perjalanan, dan tempat duduk berbaring 45 darjah.

Koc ini juga didatangkan khas dengan pelayan, sama seperti pramugara dan pramugari di dalam pesawat.

Artikel penuh di sini.

Seorang 'Mat Salleh', Rhys William menerusi satu tweet meminta tolong 21 ribu pengikutnya untuk memberi lebih banyak contoh perkataan BM yang lebih pendek berbanding BI dengan niat untuk mempelajari bahasa ibunda kita dengan lebih mendalam.

Warganet pun masing-masing "menolong" Rhys dengan memberikan macam-macam contoh dalam bentuk bebenang.

Tapi... respon-respon yang diberi warganet kebanyakannya sangat menggelikan hati dan langsung tidak membantu Rhys untuk mempelajari BM yang sebenar. Serius kelakar.

Artikel penuh di sini.

Seorang lelaki yang dikenali sebagai Faisal Al Saai memuat naik dua keping gambar minimalist packing di Twitter sehingga diulang kicau sebanyak 16.6 ribu kali dan diberi tanda suka sebanyak 68.6 ribu kali.

Kekemasan Faisal membuat ramai warganet yang begitu obses dan kagum, kami pun pertama kali jumpa seseorang yang mampu meletakkan perkataan 'joy' dan 'packing' di dalam satu ayat.

Artikel penuh di sini.

Image via Twitter @fnann_

Baru-baru ini viral di laman sosial Twitter sebuah video seorang gadis berusia 17 tahun mendapat telefon bimbit pertamanya!

Jangan macam-macam, dia dapat iPhone 11, OK!

Ekoran berjaya menghafaz 30 juzuk Al-Quran, gadis tersebut, Wafa dihadiahkan iPhone 11 oleh ibu bapa mereka. Yang menarik perhatian netizen adalah kegembiraan dan keikhlasan yang ditunjukkan Wafa tatkala menerima hadiah itu.

Artikel penuh di sini.

Sebenarnya ramai yang tidak tahu bahawa meminum terlalu banyak air boleh memberikan kesan buruk kepada organ dalaman kita.

Perbincangan ini sebenarnya telah timbul di laman Twitter gara-gara seorang lelaki telah berkongsikan tips pengambilan air kosong kononnya demi kesihatan diri.

Meskipun begitu, kuantiti air kosong yang diambilnya agak keterlaluan iaitu sebanyak 7 liter/sehari, menyebabkan ramai mula mempersoalkannya.

Tidak mahu perkara ini mempengaruhi orang ramai, tiga doktor, Dr. Pami Nordin, Dr. Rafidah Abdullah, dan Dr. Nimelesh telah tampil berkongsikan pendapat mereka tentang perkara ini.

Artikel penuh di sini.

Seorang pengguna Facebook, Widyana Ali, baru-baru ini telah berkongsikan satu kisah menyentuh hati tentang ibu mentuanya yang cekal membesarkan 16 orang anak di samping menjaga suaminya yang lumpuh.

Meskipun hidup susah, namun ibu hebat itu telah membesarkan anak-anak secara sendirian sehingga masing-masing berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading.

Kata Widyana, "Ini kisah survival keluarga suami saya. Saya copy & paste untuk bagi semangat kepada ibu-ibu yang tengah struggle."

Artikel penuh di sini.

Tahukah anda, ada gula-gula yang TIDAK BOLEH anda sesuka hati ambil seperti gula-gula yang lain? Contohnya, sports candy iaitu Himalaya Salt.

Ya, ini merupakan sports candy yang tidak patut diambil secara sesuka hati. Hanya jika perlu!

Pengguna Facebook yang merupakan seorang dietitian iaitu Mohd Khairul Azuan telah berkongsi tentang apa sebenarnya kandungan di dalam gula-gula ini dan mengapa ianya tidak boleh diambil pada bila-bila masa.

Artikel penuh di sini.

Isu minuman susu pisang jenama Nilofa meraih perhatian Dr Amalina Bakri yang tampil menyuarakan pendapatnya.

Menerusi Twitter, dia menyeru supaya Neelofa tampil untuk memberi penjelasan mengenai susu pisang yang semakin tular ini. Ini kerana ramai orang yang meragui khasiat sebenar produk susu pisang tersebut sehingga dicop sebagai iklan yang melampau dan memberikan informasi salah kepada pengguna.

Pendapat Dr Amalina turut disokong padu oleh warganet yang juga ingin tahu tentang penjelasan sebenar isu ini. Malah, ada juga di antara mereka yang menyuarakan rasa marah dan tidak puas hati dengan perkara ini.

Artikel penuh di sini.

Menurut laporan Berita Harian, Pensyarah Kanan, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Ahmad Sanusi Azmi berkata bahawa jika umat Islam sudah tidak malu lagi untuk mempamerkan perlakuan dosa mereka, ini bererti fitrah mereka sudah rosak.

Seorang pengguna Twitter, @shukery_azizan berkongsi tentang 30 kesan maksiat pada diri seseorang yang melakukannya. Hakikat di sebalik kemaksiatan dan kemungkaran adalah sejenis manusia yang berani melakukan sesuatu yang dibenci serta dilarang Allah SWT.

Artikel penuh di sini.

Siapa sangka dalam diam rupa-rupanya legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei ini punyai sifat sweet yang tersendiri.

Kisahnya, beliau memuat naik appreaciation post sempena ulang tahun perkahwinannya dengan isteri, Datin Wong Mew Choo di laman Instagram pada 10 November.

Di ruangan kapsyen, beliau sempat berkongsi detik-detik awal perkenalan mereka dan bagaimana dia akhirnya memberanikan diri untuk memulakan langkah pertama. Cheeky sangat!

Artikel penuh di sini.

Terima kasih kepada semua pembaca yang menyokong perjalanan kami di 2019. Semoga anda semua terus menyokong Seismik pada tahun 2020 dan seterusnya. :)

Image via giphy.com

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

You may be interested in: