AvantHealth & Monash University Malaysia Perkasa Kesedaran Demensia Menerusi MINDSPARK

Konsep 'Memory Café' julang kumpulan Synap5e of Memory sebagai juara Grand Finale MINDSPARK 2026.

Enlarge text
Cover ImageCover image via AvantHealth

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Isu kesihatan mental dan penuaan masyarakat terus mendapat perhatian utama apabila AvantHealth dengan kerjasama rapat Monash University Malaysia berjaya menganjurkan Grand Finale MINDSPARK bertemakan "Igniting a Dementia-Inclusive Future" baru-baru ini

Acara yang berlangsung di kampus Monash University, Subang Jaya ini menghimpunkan golongan pelajar, ahli akademik, pemain industri, serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam satu usaha tersusun untuk meningkatkan kesedaran dan keterangkuman terhadap penyakit demensia.

Program ini merupakan kemuncak kepada kolaborasi selama setahun yang bermula daripada pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) pada April 2025, disusuli pelancaran pertandingan pada Jun tahun lalu yang turut dihadiri oleh Puan Nori Abdullah.

Di bawah inisiatif ini, setiap pasukan pelajar dibekalkan dengan dana permulaan sebanyak RM6,000 oleh AvantHealth untuk merangka dan melaksanakan projek komuniti mereka sendiri.

"Berdasarkan penilaian sebelum dan selepas program, para peserta menunjukkan peningkatan pengetahuan yang sangat ketara mengenai demensia. Kami berhasrat untuk memperluaskan program ini ke seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak, demi membina ekosistem kesedaran yang mampan," jelas penganjur program, Dr. Dinesh Sangarran Ramachandram.

SAYS.com
Image via AvantHealth

Statistik membimbangkan, penghidap seawal usia 16 tahun

Ketua Pegawai Saintifik AvantHealth, Profesor Emeritus Yuen Kah Hay, mendedahkan bahawa statistik penghidap demensia di Malaysia mencatatkan peningkatan saban tahun. Malah, situasi menjadi lebih membimbangkan apabila kes penghidap paling muda yang direkodkan kini berusia seawal 16 tahun.

Beliau menekankan bahawa program kesedaran seperti MINDSPARK amat kritikal kerana ia mendidik masyarakat tentang kepentingan perubahan gaya hidup dalam mencegah penyakit ini, selain memberikan ilmu pengurusan pesakit yang betul kepada para penjaga (caregiver).

Selepas melalui fasa pelaksanaan projek selama enam bulan, tiga pasukan finalis telah membentangkan hasil serta impak komuniti mereka. Pasukan Synap5e of Memory yang diketuai oleh Lee Kah Yee telah dinobatkan sebagai Juara MINDSPARK dan membawa pulang dana pembangunan bernilai RM10,000.

Inisiatif kreatif yang memenangkan mereka adalah pengenalan konsep Memory Café, sebuah idea yang diinspirasikan daripada tokoh penjagaan demensia, Dr. Cecilia Chan.

  • Interaksi Santai: Mengubah kafe biasa menjadi ruang inklusif untuk individu dengan demensia, penjaga, dan masyarakat umum berinteraksi.
  • Hubungan Positif: Memberi peluang kepada pelanggan kafe untuk memahami keadaan pesakit dengan lebih dekat menerusi komunikasi sosial yang santai.

SAYS.com
Image via AvantHealth
SAYS.com
Image via AvantHealth

Barisan penganjur yang terdiri daripada penerima Anugerah Merdeka, Dr. Fung Wai Yee, Dr. Wang Leong Seng dan Dr. Dinesh Sangarran Ramachandram menegaskan bahawa inisiatif ini berjalan seiring dengan Pelan Tindakan Demensia Nasional Malaysia.

Di bawah payung gerakan AvantMind Matters, AvantHealth komited untuk terus memandu perbincangan proaktif mengenai kesihatan otak dan pencegahan demensia di peringkat lokal.

Majlis berprestij ini turut diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat termasuk Penaung Alzheimers Disease Foundation Malaysia (ADFM), Puan Sri Wendy Ong; Tan Sri Hasmah Abdullah; serta Ketua Pegawai Operasi AvantHealth, Eric Kiu.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: