seismik

"Awak Tahu Ini Apa? PISAU!" - Wanita Ini Menggigil Ditahan Polis Ketika Sedang Bawa Grab

Semoga kita semua dijauhkan daripada perkara seperti ini.

Cover image via Google

Ramai yang sedia maklum bahawa pemandu Grab Car adalah terdiri daripada lelaki dan juga wanita. Sesiapa sahaja yang mempunyai kenderaan tersendiri dan cukup syarat, layak untuk melakukan pekerjaan ini.

Image via Grab

Namun, pelbagai kes jenayah telah berlaku kepada pemandu-pemandu Grab sejak kebelakangan ini. Ada yang disamun, wang dicuri ketika sedang memandu, ditipu dan baru-baru ini telah digemparkan dengan seorang pemandu Grab yang telah dibunuh. Sangat mengerikan.

Belum reda kes tersebut, timbul pula satu lagi situasi bahaya yang dialami oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Jamna Faziran. Dia telah berkongsi pengalaman menakutkan itu di laman Twitter untuk dijadikan sebagai peringatan untuk semua.

Baca perkongsian penuh di bawah:

Sementara tunggu waktu untuk ke rumah terbuka, dia bercadang untuk memandu Grab bagi meluangkan masa yang ada

Lepas ditahan, dia pelik dan terfikir apa sebab ditahan polis kerana menurutnya, dia langsung tidak bawa kereta lebih dari had laju. Rupa-rupanya....

Bila nampak je pisau yang dikeluarkan oleh pihak polis, dia menggigil dan berderau darah! Lalu, polis menyuruh untuk mengikut mereka ke balai untuk laporan lanjut.

Tiga orang suspek yang ditahan bagi alasan paling tak munasabah bila disiasat. Katanya pisau untuk digunakan untuk potong sayur dan sebagainya.

Polis memberitahu bahawa lokasi yang sepatutnya dia hantar tiga orang suspek itu merupakan kawasan pendalaman berdekatan dengan hutan. Bahaya!

Sebelum keluar rumah pada hari kejadian, dia juga telah menunaikan solat Dhuha dan doa kepada Allah supaya sentiasa dilindungi

Ini merupakan laporan polis yang telah dibuat. Baca sini:

Lepas ini lebih berhati-hati ya semuanya. Sentiasa berdoa sebelum keluar rumah supaya dilindungi ketika sedang melakukan pekerjaan.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Antara perkongsian lain di SAYS SEISMIK:

You may be interested in: