Ayah Sanggup Jalan Kaki 3 Jam Dari Rumah Sebab Nak Dapatkan Bantuan Makanan Untuk Keluarga
Difahamkan, dia telah kehilangan punca pendapatan disebabkan motosikalnya rosak.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini, tular sebuah posting yang memaparkan seorang onwer kedai menceritakan pengalamannya sehingga membuat ramai sebak
Kisah itu dikongsikan oleh Nasi Kukus Kak Chiq selepas mereka menerima pertanyaan melalui aplikasi WhatsApp daripada seorang lelaki.
Lelaki itu menanyakan sama ada restoran itu mempunyai lauk lebih untuk disedekahkan kepada tiga anaknya.
Restoran Nasi Kukus tersebut membalas ada kalau lelaki itu datang keesokan harinya.
Tak sangka datang berjalan kaki selama 3 jam
Peniaga makanan tak sangka yang lelaki itu sudah tiba di restorannya seawal 10 pagi. Difahamkan, dia datang dari Beranang ke Tasmin Jasmin Kajang daripada pukul 7 pagi.
Akibat motornya rosak, dia telah kehilangan punca pendapatan dan terpaksa menunggu seminggu untuk mencari rezeki.
Ayah tiga beranak itu juga terpaksa meminta bantuan.
“Rupanya sebab dia datang jalan kaki ye. Sampai kat kami, baju dia habis dah lenjun berpeluh.
"Jadi kami ada bagi sedikit barang keperluan sementara motosikal siap dan masuk kerja baharu. Nak balik kami tempahkan Grab, tak gamak nak suruh dia balik jalan kaki lagi sekali. Semoga dipermudahkan urusan abang ni,” kata pemilik restoran itu.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!